Politik ikan punca KIR1M ditutup, Jamal tidak serik

Politik ikan punca KIR1M ditutup, Jamal tidak serik - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Politik ikan punca KIR1M ditutup, Jamal tidak serik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Politik ikan punca KIR1M ditutup, Jamal tidak serik
link : Politik ikan punca KIR1M ditutup, Jamal tidak serik

Baca juga


Politik ikan punca KIR1M ditutup, Jamal tidak serik

 
Usaha menjual ikan harga murah terbantut kerana aduan peniaga lain serta nelayan yang terus terikat dengan peraih kerana hutang.
 
 
jamal_ki1m_ikan_600


KUALA LUMPUR: Rakyat rata-ratanya mengeluh melihat harga barangan mentah terutamanya ikan, yang dijual pada harga yang dipengaruhi oleh keberadaan “orang tengah” dan peniaga ikan dalam industri itu.

Bagi membantu golongan berpendapatan rendah, kerajaan menyokong usaha Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos mengusahakan projek Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia atau KIR1M,
yang menjual produk utama seperti ikan kembung, cencaru, selar, selayang dan pelaling pada harga sehingga 40% lebih murah daripada harga pasaran.

Kedai pertama KIR1M dibuka di sebuah plaza di Setiawangsa pada 2 Disember 2011, menawarkan ikan harga “rakyat” kerana Jamal berusaha memperoleh bekalan terus daripada nelayan.

Bercakap kepada FMT, ahli perniagaan itu berkata projek KIR1M mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna, namun beliau sama sekali tidak menyangka “politik ikan” lebih hebat daripada sepak terajang politik parti.

Cabaran jual ikan harga “rakyat”

Jamal menceritakan cabaran utama menjual ikan pada harga ekonomi ialah kebergantungan nelayan kepada “orang tengah” dalam industri itu.

“Mereka terpaksa jual kepada peraih di jeti, kerana mereka tidak boleh lari dari peraih kerana bebanan hutang,” kata Jamal.

Beliau berkata dakwaan pihak tertentu kononnya kenaikan harga ikan membantu kewangan nelayan adalah tidak benar kerana para nelayan sebenarnya dibayar pada harga sangat rendah untuk setiap kilogram ikan.
 “Nelayan masih dibayar RM3 hingga RM4 untuk sekilogram. Jika harga ikan naik sehingga RM18 sekilogram, ia bukan beri keuntungan kepada nelayan,” jelasnya.

Selain peraih, Jamal juga terpaksa berdepan peniaga lain, yang barangkali tidak senang dengan bau-bauan ikan.

“Pemilik bangunan yang saya sewa itu mengambil semula kedainya setelah mendapat aduan dari peniaga lain di kawasan sekitar. Pemilik premis itu tidak membenarkan saya menyambung kontrak sewaan,” katanya.

“Jika saya jualnya di pasar, peniaga ikan lain akan marah,” tambahnya.

Selepas beroperasi selama 2 tahun 4 bulan, hasrat Jamal menjadi peneraju kedai ikan “rakyat” akhirnya tergendala selepas beliau disaman beribu ringgit dan kedainya diroboh pihak berkuasa tempatan.

“Akhirnya saya terpaksa akur untuk tutup,” katanya.

Jamal belum serik

Kini selepas 6 tahun peristiwa itu berlalu, Jamal kembali menjual ikan harga murah namun secara kecil-kecilan di pasar basah Sekinchan, jeti nelayan Sekinchan dan di Ampang.

“Saya jual ikan lagi dengan harga RM5 sekilogram dan masih mendapat keuntungan,” katanya.

Jamal belum serik untuk membuka kembali perniagaan berasaskan barangan basah jika diberikan ruang oleh mana-mana pihak sama ada kerajaan negeri dan pusat.

“Saya tidak harapkan mana-mana bantuan, cuma bagi saya tempat, mungkin di Selangor. Saya boleh jual ikan dengan harga patut setiap hari,” katanya.

Pengguna boleh dapatkan laporan harga borong dan runcit makanan laut mingguan dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di sini.

LIHAT VIDEO DI SINI

 


Demikianlah Artikel Politik ikan punca KIR1M ditutup, Jamal tidak serik

Sekianlah artikel Politik ikan punca KIR1M ditutup, Jamal tidak serik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Politik ikan punca KIR1M ditutup, Jamal tidak serik dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/politik-ikan-punca-kir1m-ditutup-jamal.html

Subscribe to receive free email updates: