Putrajaya kaji dasar had usia kenderaan elak kemalangan - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Putrajaya kaji dasar had usia kenderaan elak kemalangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Putrajaya kaji dasar had usia kenderaan elak kemalanganlink :
Putrajaya kaji dasar had usia kenderaan elak kemalangan
Putrajaya kaji dasar had usia kenderaan elak kemalangan
ANTARAPOS
BENTONG: Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji kesesuaian mewujudkan dasar tamat hayat kenderaan yang akan menetapkan had usia kenderaan, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata ketetapan itu diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan disebabkan faktor usia kenderaan, seperti kemalangan dua bas kilang berhampiran Plaza Tol Juru, Pulau Pinang pada 24 Oktober lalu yang menyebabkan lapan maut.
Katanya, siasatan awal mendapati sebuah bas yang berhenti di tepi jalan akibat kerosakan dalam kemalangan itu telah berusia 32 tahun manakala sebuah lagi bas berusia melebihi 10 tahun.
“Walaupun siasatan awal mendapati kedua-dua bas itu lulus pemeriksaan Puspakom pada September lalu, namun kita tidak tahu jika kenderaan itu rosak selepas menjalani ujian, terutamanya bas yang usianya sudah terlalu lama.
“Sebab itu, kita melihat isu berkaitan usia kenderaan merupakan perkara besar dalam aspek keselamatan jalan raya dan perkara ini telah dipraktikkan di negara lain seperti Jepun dan Singapura atas sebab keselamatan,” katanya.
Beliau menambah dasar baru itu juga, jika dilaksanakan akan melibatkan kerjasama daripada Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli untuk melupuskan kenderaan yang telah ditamatkan hayatnya mengikut cara yang sepatutnya dan mesra alam sekitar.
“Ketiadaan dasar ini menyebabkan kereta lama yang sudah berusia 30, 40 tahun tersadai begitu sahaja atau dipotong. Sebab itu kita mahu adakan kajian kesesuaian dasar ini yang diharapkan dapat selesai dalam tempoh masa sesuai,” katanya.
Beliau juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan mendengar pandangan rakyat dan semua pihak berkepentingan dalam isu tersebut supaya pelaksananaanya tidak membebankan mana-mana pihak kerana matlamatnya ialah menjamin keselamatan.
“Kita tidak mahu memaksa atau buat rakyat berasa dipaksa…sebab itu kita akan libatkan mereka dalam kajian ini. Antara cadangan yang difikirkan ialah supaya dasar ini dilaksanakan secara sukarela.
Beliau menambah keutamaan dasar itu akan diberikan kepada kenderaan berat dan yang melibatkan ramai orang seperti bas atau lori dan berharap dasar itu mendapat sambutan baik, jika dilaksanakan secara sukarela
Demikianlah Artikel Putrajaya kaji dasar had usia kenderaan elak kemalangan
Sekianlah artikel Putrajaya kaji dasar had usia kenderaan elak kemalangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Putrajaya kaji dasar had usia kenderaan elak kemalangan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/putrajaya-kaji-dasar-had-usia-kenderaan.html
Related Posts :
Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKROleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: PKR tidak pernah menghalang rakan parti komponen dalam Pakatan harapan untuk bersuara mengenai isu b… Read More...
Sembahyang raya di Selangor pada 8.30 pagiBernama
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan supaya solat sunat Hari Raya Aidilfitri di semua masjid dan surau d… Read More...
Siapa pernah pelawa Parti Generasi Baru masuk PH?, sindir PPBMOleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Seorang pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), meluahkan rasa hairan te… Read More...
Sultan Selangor namakan semula masjid Jamek kepada Masjid Sultan Abdul Samad 23 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE 0 Comments Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menamakan semula Masjid Jamek Kuala Lumpur sebagai Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, di sini. Majlis penamaan semula masjid berkenaan diadakan di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur yang turut dihadiri, Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Keberangkatan tiba baginda diiringi, Dato’ Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi. Turut mengiringi baginda, pimpinan Kerajaan Persekutuan yang diketuai, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor; dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Penamaan semula masjid itu merupakan sebahagian daripada inisiatif memelihara khazanah negara bagi memberi nilai tambah kepada daya tarikan pelancongan di ibu kota, Kuala Lumpur. Difahamkan, masjid yang dibina sejak 1909 oleh pedagang arab itu boleh memuatkan 1,000 jemaah dalam satu masa dengan pembaikan keluasan ruang solat seluas 4,000 kaki persegi. Kedudukannya yang terletak di tengah ibu kota Kuala Lumpur itu menjadi mercu tanda dengan kedudukannya bersebelahan Dataran Merdeka selain kemudahan akses jaringan pengangkutan awam. Tarikan terkini masjid berkenaan antararanya payung gergasi hidraulik yang dipasang di bahagian luar struktur bangunan menyamai pembinaan Masjid Nabawi, Madinah. Pada masa sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) giat melaksanakan pembaikan dan pemuliharaan stuktur bangunan masjid bagi mengekalkan ciri warisan dan tradisinya. Dalam perkembangan lain, baginda turut berkenan mencemar duli menunaikan solat Jumaat seterusnya bersalaman bersama warga kota yang tidak melepaskan peluang untuk mendekati Sultan berjiwa rakyat itu. MALAYSIA DATELINE
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menamakan semula Masj… Read More...
Umno tidak seperti dulu, kini di 'hijack' Najib, kata Tun MMALAYSIA DATELINE
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno hari ini bukan seperti dahulu di bawah beberapa pemimpin n… Read More...