Rafizi mahu PM bentang kertas putih pembelian pesawat

Rafizi mahu PM bentang kertas putih pembelian pesawat - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi mahu PM bentang kertas putih pembelian pesawat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi mahu PM bentang kertas putih pembelian pesawat
link : Rafizi mahu PM bentang kertas putih pembelian pesawat

Baca juga


Rafizi mahu PM bentang kertas putih pembelian pesawat

AKHBAR RAKYAT



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan kemukakan usul kepada Dewan Rakyat supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan kertas putih berhubung cadangan Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) untuk menggunakan RM50 bilion bagi pembelian pesawat baharu.

Naib presiden PKR itu berkata, pembentangan kertas putih itu perlu dilakukan supaya dana RM50 bilion yang bakal dibelanjakan MAB tidak sia-sia.

“Saya akan menghantar satu usul ke Parlimen bagi sidang dewan akan datang supaya satu kertas putih dibentangkan oleh Najib untuk menerangkan bagaimana Khazanah dan MAB bercadang memastikan perbelanjaan RM50 bilion ini tidak sia-sia,” kata Rafizi pada sidang media hari ini.
Rafizi bagaimanapun yakin Najib tidak akan melakukan perkara itu.

“Saya akan hantar usul itu walaupun besar kemungkinan Najib tidak berani bentangkannya di Parlimen,” katanya.

Rafizi tidak menghalang sebarang pelan perniagaan MAB, namun beliau bimbang kerana dana besar itu wang rakyat.

“Saya bukanlah mahu menghalang atau mempolitikkan pelan perniagaan MAB, bagaimanapun, sebarang keputusan MAB yang membabitkan perbelanjaan besar adalah isu awam yang mesti dikaji oleh ahli Parlimen seperti saya.


“MAS kini dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia melalui Khazanah Nasional Berhad, iaitu badan pelaburan negara yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan,” kata Rafizi.

Sehubungan itu, sebarang perbelanjaan besar oleh MAB akan menggunakan dana Khazanah dan itu merupakan satu pelaburan awam, katanya.

Rafizi menyeru agar pengurusan Khazanah dan MAB mengesahkan secara rasmi cadangan membeli 75 pesawat baharu yang menelan belanja sehingga RM50 bilion dalam masa 2 tahun ini.

“Samalah seperti dana awam digunakan dalam 1MDB dan pelaburan lain sebelum ini.

“Rakyat berhak tahu, sebarang perbelanjaan besar akan mendatangkan pulangan,” katanya.

Selain itu, Rafizi berkata, sebarang usaha pengembangan MAB perlu mengutamakan 6,000 bekas kakitangannya yang diberhentikan dalam pelan rasionalisasi sebelum ini.

“Pelan rasionalisasi MAB sebelum ini menyaksikan seramai 6,000 orang kakitangan MAS hilang pekerjaan atas alasan saiz MAB terlampau besar dan kakitangannya terlalu ramai.

“Kerajaan kemudiannya membentangkan satu akta khas membolehkan MAB dikecilkan sehingga menyebabkan 6,000 orang kakitangan MAB kehilangan pekerjaan.

“Oleh itu, sebarang pelan perniagaan baru melibatkan penambahan saiz operasi MAB secara besar-besaran perlu berlaku adil kepada pekerja MAS yang dibuang kerja,” katanya.



Demikianlah Artikel Rafizi mahu PM bentang kertas putih pembelian pesawat

Sekianlah artikel Rafizi mahu PM bentang kertas putih pembelian pesawat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi mahu PM bentang kertas putih pembelian pesawat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/rafizi-mahu-pm-bentang-kertas-putih.html

Subscribe to receive free email updates: