Rakyat Menderita Akibat Bajet Kementerian Kesihatan Dipotong

Rakyat Menderita Akibat Bajet Kementerian Kesihatan Dipotong - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat Menderita Akibat Bajet Kementerian Kesihatan Dipotong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat Menderita Akibat Bajet Kementerian Kesihatan Dipotong
link : Rakyat Menderita Akibat Bajet Kementerian Kesihatan Dipotong

Baca juga


Rakyat Menderita Akibat Bajet Kementerian Kesihatan Dipotong

Ramai beralih ke hospital kerajaan kerana GST, kos sara hidup

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos sara hidup menyaksikan lebih ramai mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan klinik kesihatan daripada hospiital swasta.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Ravindran Naidu berkata keadaan ekonomi yang perlahan sejak 2 tahun kebelakangan ini dan GST mendorong ramai pesakit untuk beralih daripada penjagaan kesihatan swasta kepada kerajaan.



“Kementerian (kesihatan) juga ada menyebut tentang ini, sambil menyediakan data yang menunjukkan peningkatan 30% dalam jumlah rakyat yang mengunjungi hospital kerajaan,” katanya kepada FMT.

Dr Ravindran berkata, peningkatan jumlah pesakit di hospital kerajaan dan ditambah pula dengan pengurangan peruntukan bajet untuk Kementerian Kesihatan menyebablan berlakunya kekurangan bekalan ubat.

“Jika jumlah pesakit meningkat 30%, bekalan ubatan juga patut ditingkatkan kepada 30%. Bagaimanapun, akibat potongan bajet, hospital terpaksa lebh berhati-hati mengagihkan ubat.

“Hospital bukannya tiada ubat, tetapi mereka hanya lebih berhati-hati dan bermunasabah dalam mengagihkannya,” katanya.

Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meningkatkan belanjawan untuk rawatan kesihatan dan memansuhkan GST untuk rawatan kesihatan.

“Kerajaan patut berpegang pada pendirian awal mereka untuk tidak mengenakan GST untuk rawatan kesihatan. Ini akan menjadikan rakyat lebih mampu mendapatkan rawatan kesihatan.”

Kos ubatan mahal

Penganalisis ekonomi Tan Sri Ramon Ravaratnam berkata sekarang ini waktu yang sukar bagi kakitangan kerajaan, pesara dan rakyat yang perlukan rawatan kesihatan.

“Rakyat sedang menderita akibat kekurangan ubat dan kos rawatan yang tinggi kerana hospital berdepan kekurangan bekalan. Malahan, kain pembalut pun perlu dibeli pesakit,” katanya kepada FMT.

Bekas ketua setiausaha Kementerian Pengangkutan itu mempersoal jika aliran tunai kerajaan terlalu teruk sehinggakan memberi kesan kepada rawatan kesihatan.

“Adakah kerajaan kekurangan dana? Tidak bolehkah kerajaan menyesuaikan keutamaan belanjawan? Adakah Bajet 2018 akan menyelesaikan hal ini dan membetulkan masalah parah ini yang memberi kesan kepada ramai kakitangan kerajaan berpendapatan rendah dan rakyat yang miskin?

“Apakah yang Cuepacs lakukan atas perkara ini? Jangan lupa yang kakitangan kerajaan sudah berkorban untuk negara dan mereka pastinya memerlukan lebih penjagaan dan belas kasihan pada usia senja.

“Jangan lupa, mereka adalah pengundi. Jadilah lebih prihatin untuk berjuta kakitangan kerajaan, pesara dan orang awam yang hanya mampu ke hospital kerajaan,” gesa Ramon kepada kerajaan.

FMT juga bercakap dengan seorang doktor yang tidak mahu dinamakan. Beliau bersetuju terdapat kekurangan bekalan ubat, bekalan perubatan dan belanjawan untuk ujian makmal di hospital dan klinik kerajaan.

“Sememangnya terdapat kekurangan ubatan di negara ini kerana belanjawan dikurangkan.

“Belanjawan untuk 2016 kurang daripada 2015 dan belanjawan untuk 2017 kurang daripada 2016. Ini disahkan dalam mesyuarat daerah dan negeri. Kami diberi taklimat tentang belanjawan yang dikurangkan,” kata doktor kerajaan itu kepada FMT.

Doktor yang bekerja di sebuah klinik kerajaan di sebuah daerah di Negeri Sembilan itu berkata sesetengah ujian dan kajian dibatalkan akibat kekurangan bekalan.

“Contohnya, kita tidak dapat mengawasi kawalan diabetes seorang pesakit kerana reagen (bahan uji) HBA1C sudah habis. Jadi kita tidak pasti jika kawalan dalam tempoh 3 bulan itu baik atau tidak.

“Bahan uji berbeza habis dengan tidak tentu dan kita perlu tunggu pembiayaan tambahan, yang mungkin ada berbulan selepas itu.”

Seorang penasihat projek kesihatan, 29, dari Lembah Klang berkata satu kekurangan ketara adalah kelengkapan kesihatan.

“Kebanyakan hospital tidak mampu membeli kelengkapan kesihatan akibat kekurangan belanjawan jadi mereka terpaksa berkongsi mesin dengan hospital lain. Saya dapati mereka kekurangan mesin tekanan darah tidak invasif (NIBP) dan mesin diatermi,” katanya. -FMT

ULASAN GB

Kita menjadi begitu hairan di saat pemimpin UMNO BN mendakwa ekonomi negara berada di dalam keadaan baik dan berkembang, kementerian-kementerian telah dipotong belanjawannya yang mengakibat rakyat menanggung derita dan sengsara.

Diantara kementerian yang paling kritikal kini ialah kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran.

Kekurangan ubat-ubatan di klinik dan hospital awam disamping terdapatnya laporan menyatakan mesin-mesin tertentu di hospital yang rosak tidak dapat diperbaiki lantaran "tiada bajet" adalah sesuatu yang amat malang hasil dari kebobrokan pemerintahan BN.

Di Kementerian Pelajaran, kita dimaklumkan terdapatnya sekolah-sekolah yang tidak mempunyai bekalan kertas A4 untuk kegunaan para pelajar dan ada sekolah terpaksa membuat kutipan sumbangan dari para pelajar untuk tujuan membelinya.

Sedangkan Jabatan Perdana Menteri (PMO) menerima sejumlah RM15.94 bilion peruntukan dari bajet tahun lalu di mana perbelanjaan pengurusan dan pembangunan masing-masing RM4.92 bilion dan RM11.01 bilion, yang merupakan 6.1 peratus daripada keseluruhan jumlah Bajet 2017 berbanding 3.4 peratus pada 2008

Yang jelas PMO telah mengambil sejumlah peruntukan yang tidak wajar yang sepatutnya diberikan kepada kementerian-kementerian lain untuk disalurkan manfaatnya kepada rakyat.

Kutipan wang dari GST sebanyak RM41.2 bilion pada 2016 nampaknya tidak dimenafaatkan untuk menampung potongan yang dikenakan terhadap kementerian-kementerian tersebut sebaliknya lebih kepada untuk membayar hutang khususnya 1MDB.

Belanjawan 2018 yang bakal dibentangkan Jumaat ini dipercayai lebih kepada penaburan gula-gula untuk menghadapi pilihanraya ke 14.

Rakyat bakal terus menderita jika UMNO BN terus berkuasa. Ubah segera!










Demikianlah Artikel Rakyat Menderita Akibat Bajet Kementerian Kesihatan Dipotong

Sekianlah artikel Rakyat Menderita Akibat Bajet Kementerian Kesihatan Dipotong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat Menderita Akibat Bajet Kementerian Kesihatan Dipotong dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/rakyat-menderita-akibat-bajet.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :