33 IPTS ditutup tahun ini

33 IPTS ditutup tahun ini - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 33 IPTS ditutup tahun ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 33 IPTS ditutup tahun ini
link : 33 IPTS ditutup tahun ini

Baca juga


33 IPTS ditutup tahun ini

THE MALAYSIAN TIMES


KUALA LUMPUR: Sebanyak 33 institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara ditutup tahun ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata ini disebabkan oleh beberapa sebab seperti tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan serta pengurusan dan kualiti yang lemah akibat masalah kewangan.

Sebagai contoh, Idris menarik perhatian kepada kolej yang tidak mempunyai pelajar yang mencukupi atau pensyarah yang berkelayakan dan sesetengah kolej pula meminta untuk menghentikan operasi secara sukarela.

“Apabila kita mendapati mereka beroperasi tanpa mematuhi keperluan, mereka perlu menutup operasi… kita tidak boleh menjajaskan kualiti pendidikan,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penarafan kepada IPTS yang layak pada majlis penarafan Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST) 2016/2017 di sini hari ini.

Idris berkata kualiti kolej swasta di negara ini tidak akan dikompromi dan ini terbukti melalui pindaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) yang berkuatkuasa pada 28 Nov untuk mengawal selia IPTS.

Idris berkata bagi 2016/2017, sejumlah 336 kolej menyertai MyQUEST dengan memasukkan data dan respon ke dalam sistem berasaskan web dan hanya 276 kolej memenuhi kriteria kelayakan dan layak untuk diaudit.

Menurut beliau, daripada 276 kolej, hanya 206 diberi penarafan dengan 15 kolej mencapai enam bintang – penarafan tertinggi yang mungkin – berbanding sembilan pada 2014/2015, 63 mencapai lima bintang (sebelumnya 52), 61 empat bintang (sebelumnya 46) dan 67 tiga bintang (sebelumnya 92).

MyQUEST merupakan sistem yang dibangunkan oleh kementerian untuk menilai prestasi kolej swasta di Malaysia, dan menambahbaik kualiti pendidikan yang disediakan.–Bernama



Demikianlah Artikel 33 IPTS ditutup tahun ini

Sekianlah artikel 33 IPTS ditutup tahun ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 33 IPTS ditutup tahun ini dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/33-ipts-ditutup-tahun-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :