Judul : Amanah gagal dapat kebenaran cabar pelantikan ketua hakim negara
link : Amanah gagal dapat kebenaran cabar pelantikan ketua hakim negara
Amanah gagal dapat kebenaran cabar pelantikan ketua hakim negara
Permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh timbalan setiausaha agung Amanah itu tidak boleh didebatkan kerana Md Raus Sharif dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
KUALA LUMPUR: Timbalan Setiausaha Agung Amanah Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus hari ini gagal mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar pelantikan Tun Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara dan hakim tambahan Mahkamah Persekutuan.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan memberitahu pemberita Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi menolak permohonan kebenaran yang difailkan Abang Ahmad Kerdee dengan alasan isu itu tidak boleh didebatkan kerana pelantikan berkenaan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata hakim itu juga memutuskan permohonan tersebut tidak melepasi keperluan di bawah peruntukan undang-undang dan mahkamah memerintahkan Abang Ahmad Kerdee membayar kos RM5,000 kepada responden iaitu Md Raus.
Suzana yang bertindak bagi pihak Md Raus berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding yang turut dihadiri peguam Mohamed Hanipa Maidin, mewakili Abang Ahmad Kerdee.
Abang Ahmad Kerdee selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman itu pada 1 November lepas bagi menuntut deklarasi bahawa pelantikan Md Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan pada 4 Ogos 2017 di bawah Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah, tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.
Pemohon juga menuntut agar diberi kebenaran mendapatkan ‘Writ Quo Warranto’ supaya responden menunjukkan sebab dan memberikan pengesahan bagaimana dan apakah asas responden memegang jawatan berkenaan.
Beliau juga menuntut perintah certiorari membatalkan pelantikan responden sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan dan ketua hakim negara, juga perintah injunksi bagi menghalang responden dan atau ejen beliau melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas beliau sama ada sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan atau ketua hakim negara.
Demikianlah Artikel Amanah gagal dapat kebenaran cabar pelantikan ketua hakim negara
Sekianlah artikel Amanah gagal dapat kebenaran cabar pelantikan ketua hakim negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Amanah gagal dapat kebenaran cabar pelantikan ketua hakim negara dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/amanah-gagal-dapat-kebenaran-cabar.html