Judul : Fahmi: Kenapa bantu Amerika jika Palestin derita?
link : Fahmi: Kenapa bantu Amerika jika Palestin derita?
Fahmi: Kenapa bantu Amerika jika Palestin derita?
KEADILAN DAILY
Menurutnya, Malaysia tidak perlu membantu ‘Jadikan Amerika Hebat Kembali’ jika harga yang perlu dibayar adalah penderitaan rakyat Palestin.
“Jika (Datuk Seri) Najib Razak benar cakna tentang Baitul Maqdis dan rakyat Palestin, saya cabar beliau untuk membatalkan janjinya untuk melabur di Amerika Syarikat, terutmanya janji beliau untuk membeli pesawat Boeing untuk MAS (syarikat penerbangan Malaysia Airlines).
“Kenapa Malaysia perlu membantu ‘Jadikan Amerika Hebat Kembali’ jika ia membuatkan Palestin derita?’ tulis beliau di akaun Twitternya.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd sebelum ini dilapor merancang meningkatkan pelaburan mereka di US.
Rancangan itu disampaikan Najib sewaktu beliau mengunjungi Presiden Donald Trump di Washington, September lalu.
Najib juga berjanji kepada Trump yang Malaysia juga menerusi Malaysia Airlines Bhd (MAS) akan membeli lebih banyak pesawat Boeing dari negara itu.
Beliau berkata, langkah itu adalah bagi membantu mengukuhkan ekonomi AS.
Najib berkata, KWSP sahaja dijangka melabur antara USD3 bilion dan USD4 bilion di negara itu.
Demikianlah Artikel Fahmi: Kenapa bantu Amerika jika Palestin derita?
Sekianlah artikel Fahmi: Kenapa bantu Amerika jika Palestin derita? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Fahmi: Kenapa bantu Amerika jika Palestin derita? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/fahmi-kenapa-bantu-amerika-jika.html