Judul : PPBM Selangor buat laporan polis, gesa siasat kerugian RM160 bilion rizab
link : PPBM Selangor buat laporan polis, gesa siasat kerugian RM160 bilion rizab
PPBM Selangor buat laporan polis, gesa siasat kerugian RM160 bilion rizab
Rashid berkata jumlah kerugian 2013-2015 itu 7 kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian urus niaga forex 90-an.
PPBM Selangor membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat kerugian wang sebanyak RM160 bilion antara tahun 2013 hingga 2015.
Pengerusi PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata pihak berkuasa perlu beri perhatian pada dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad itu dan menyiasat sama ada berlaku salah guna kuasa atau penyelewengan dalam pengurusan rizab BNM.
“Semakan yang kami lalukan di laman sesawang Bank Negara mendapati bahawa dakwaan Dr Mahathir itu ada kebenarannya dan bukan satu tuduhan yang melulu serta tidak berasas.
PPBM Selangor dalam sidang medianya di Ibu Pejabat PPBM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam
“Namun jumlah itu telah berkurangan dengan begitu drastik dan ketara kepada RM427.98 bilion setakat 30 November 2017. Pengurangan sebanyak RM160.86 bilion,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM Selangor di Plaza Masalam hari ini.
Dr Mahathir yang baru-baru ini mempertikaikan mengapa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih mengambil berat tentang kerugian forex RM31.5 bilion yang berlaku kira-kira 30 tahun lepas, walhal dari 2013 hingga 2015 rizab negara mengalami kerugian RM160 bilion.
Beliau menuduh kerajaan bersikap “diskriminasi” dalam isu kerugian forex BNM.
Rashid berkata kerugian 2013-2015 itu 7 kali ganda lebih tinggi berbanding RM23.9 bilion kerugian akibat urus niaga forex semasa pentadbirannya pada awal 90-an.
“Ada yang mengatakan bahawa rizab itu telah digunakan bagi mempertahankan mata wangi ringgit daripada terus merundum.
“Persoalannya jika benar BNM telah menggunakan rizab negara bagi mempertahankan mata wang ringgit ketika itu, bagaimanakah tindakan itu berbeza berbanding kerugian di dalam transaksi forex pada awal 90-an?,” katanya.
Beliau juga menggesa siasatan segera, menyeluruh dan tidak pilih kasih bagi memastikan tidak berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam pengurusan rizab itu.
Sementara itu, Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin berkata setakat ini 7 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung perkara itu.
Beliau berkata akan ada lagi laporan polis dibuat dan ia juga akan dilapor ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu.
“Setakat ini kita hanya baru buat laporan polis dan mungkin akan bawa ke SPRM bagi meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini,” katanya.
Demikianlah Artikel PPBM Selangor buat laporan polis, gesa siasat kerugian RM160 bilion rizab
Sekianlah artikel PPBM Selangor buat laporan polis, gesa siasat kerugian RM160 bilion rizab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPBM Selangor buat laporan polis, gesa siasat kerugian RM160 bilion rizab dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/ppbm-selangor-buat-laporan-polis-gesa.html