Judul : Simpan sahajalah jawatan', sindir PKR kepada PAS Kelantan
link : Simpan sahajalah jawatan', sindir PKR kepada PAS Kelantan
Simpan sahajalah jawatan', sindir PKR kepada PAS Kelantan
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
SHAH ALAM: Berang dengan syarat-syarat yang dikenakan PAS Kelantan, PKR hari ini menyindir kerajaan negeri itu 'menyimpan' semua jawatan yang diperuntukkan kepada ahli-ahli PKR di sana.
Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar kemudiannya merujuk pentadbiran Selangor yang diterajui PKR tidak meletakkan sebarang syarat terhadap lantikan politik PAS dalam kerajaan negeri itu.
"Jika begitu, tidak payah ambil jawatan, itu pendirian saya. PAS boleh simpan jawatan dalam pilihan raya akan datang kita lihat macam mana keadaan.
"Sebab mereka meletakkan syarat-syarat. Di Selangor pun kita tak cakap apa-apa dengan PAS, mereka ada di dalam kerajaan, ada jawatan, tak suruh mereka sokong dan sebagainya.
"Kelantan, jika hendak buat sedemikian, simpan sahajalah (jawatan). Nanti pilihan raya kita lawan mereka," ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Kenyataan Xavier itu merujuk kepada respon exco Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang membayangkan senarai nama pemimpin PKR sudah dipilih untuk dilantik dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Che Abdullah, bagaimanapun mengingatkan ahli-ahli PKR tidak layak menyandang jawatan pentadbiran kerajaan negeri sekiranya mereka bersama dengan Amanah dan berusaha menjatuhkan PAS Kelantan.
Ini tegasnya bagi memastikan mereka yang dilantik itu membantu dan mempertahankan kerajaan yang dipimpin parti berteraskan Islam itu.
Sebelum ini Antarapos juga melaporkan, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan Abdul Aziz Abdul Kadir sebagai berkata kerajaan negeri masih belum meminta nama pimpinan PKR untuk lantikan politik dalam pentadbiran tahun hadapan.
Ujar Abdul Aziz kebiasaan kerajaan negeri akan meminta cadangan nama daripada parti selewat-lewatnya bulan November.
Hujung Ogos lalu, Mesyuarat Biro Politik Pusat PKR memutuskan lantikan politik parti itu di Kelantan dikekalkan selepas dihimpit kemelut sejak Mei susulan PAS memutuskan kerjasama dengan parti itu pada muktamar.
Keputusan tersebut dibuat berdasarkan alasan keperluan kerjasama parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang dinyatakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini.
Demikianlah Artikel Simpan sahajalah jawatan', sindir PKR kepada PAS Kelantan
Sekianlah artikel Simpan sahajalah jawatan', sindir PKR kepada PAS Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Simpan sahajalah jawatan', sindir PKR kepada PAS Kelantan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/simpan-sahajalah-jawatan-sindir-pkr.html