Timbalan menteri sebak, tak tahu syarikat kendali IMAMS ada bukan Islam

Timbalan menteri sebak, tak tahu syarikat kendali IMAMS ada bukan Islam - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Timbalan menteri sebak, tak tahu syarikat kendali IMAMS ada bukan Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Timbalan menteri sebak, tak tahu syarikat kendali IMAMS ada bukan Islam
link : Timbalan menteri sebak, tak tahu syarikat kendali IMAMS ada bukan Islam

Baca juga


Timbalan menteri sebak, tak tahu syarikat kendali IMAMS ada bukan Islam

 
Mas Ermieyati berkata perkara itu hanya diketahui selepas semakan dijalankan pegawai kementerian. 


Mas-Ermieyati-Samsudin_haji_600


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengesahkan beliau tidak mengetahui syarikat yang mengendalikan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) mempunyai orang bukan Islam dalam lembaga pengarahnya.

Mas Ermieyati berkata perkara itu hanya diketahui selepas semakan dijalankan pegawai kementerian.

“Saya dah minta pegawai saya semak dengan syarikat terbabit. Maklumat kita dapat memang betul ada pemegang saham bukan Islam dalam lembaga pengarah.

“Semalam bila perkara ini timbul baru kita dapat maklumat, sebab itu saya dan pegawai saya kita lihat perkara ini tak sepatutnya berlaku,” katanya dalam nada sebak pada sidang media di ibu negara hari ini.

Tambahnya, walaupun ahli lembaga pengarah syarikat yang bukan beragama Islam itu telah meletakkan jawatan, ia tidak dapat membetulkan kerosakan yang sudah berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti masyarakat.

Katanya, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz juga mengarahkan sistem itu dibatalkan.

“Saya sendiri tidak dapat menerima perkara ini, jadi saya minta mereka semak dan bila buat semakan memang betul ada seorang CEO dan diletak jawatan syarikat terbabit.”

“Pada saya letak jawatan tidak boleh diambil kira kerana kerosakan sudah berlaku, sebab itu kita ambil kira perkara berlaku ini dan sebab itu kita batalkan,” katanya.

Sistem IMAMS dibatalkan sehari selepas dilaksanakan semalam, susulan bantahan daripada pemain industri, pembangkang dan parti kerajaan sendiri.

IMAMS merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses kedutaan Arab Saudi, dengan tujuan membanteras aktiviti penipuan pakej umrah. Kerajaan dilaporkan bersetuju membenarkan syarikat pengendali IMAMS mengutip GST dan bayaran untuk sistem pengurusan serta insurans ke atas setiap rakyat yang hendak mengerjakan umrah menerusi IMAMS.



Demikianlah Artikel Timbalan menteri sebak, tak tahu syarikat kendali IMAMS ada bukan Islam

Sekianlah artikel Timbalan menteri sebak, tak tahu syarikat kendali IMAMS ada bukan Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Timbalan menteri sebak, tak tahu syarikat kendali IMAMS ada bukan Islam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/timbalan-menteri-sebak-tak-tahu.html

Subscribe to receive free email updates: