13 daripada 88 hotel di Semenanjung larang pekerja bertudung

13 daripada 88 hotel di Semenanjung larang pekerja bertudung - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 13 daripada 88 hotel di Semenanjung larang pekerja bertudung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 13 daripada 88 hotel di Semenanjung larang pekerja bertudung
link : 13 daripada 88 hotel di Semenanjung larang pekerja bertudung

Baca juga


13 daripada 88 hotel di Semenanjung larang pekerja bertudung

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia mendapati 13 daripada 88 hotel di Semenanjung Malaysia menetapkan dasar 'standard grooming' yang melarang pekerja wanita bertudung.
 
Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan antara Disember 2017 sehingga 26 Januari lalu, larangan itu membabitkan bahagian tertentu, khususnya di bahagian makanan dan minuman (F&B) serta bahagian hadapan.
 
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, berkata Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menasihatkan 13 hotel terbabit mengambil tindakan pembetulan supaya tidak melaksanakan larangan bertudung.
 
"Kementerian memandang serius terhadap isu diskriminasi yang didakwa berlaku dalam kalangan beberapa majikan sektor perhotelan.
 
"JTKSM akan meneruskan pemantauan ke atas beberapa lagi premis pekerjaan di sektor perhotelan," katanya dalam kenyataan di sini.
 
Sebagai langkah menangani diskriminasi di tempat kerja, Riot berkata, cadangan pindaan Akta Kerja 1955 susulan larangan bertudung dalam sektor perhotelan, dijangka dibentang pada sidang Parlimen akan datang.
 
Beliau berkata, cadangan pindaan ini meliputi kawalan terhadap isu bersabit larangan terhadap pekerja wanita bertudung di tempat kerja.
 
"Kementerian sedang meneruskan perbincangan melibatkan majikan, pekerja dan kerajaan untuk memperhalusi cadangan pindaan akta itu.
 
"Kementerian juga mengadakan perbincangan dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) pada 17 Januari lalu. Hasilnya, MAH memberi komitmen untuk menggesa semua pengusaha hotel di bawah MAH untuk tidak menetapkan sebarang dasar melarang pemakaian tudung di tempat kerja.
 
"MAH juga menggalakkan semua ahli untuk memasukkan pemakaian tudung sebagai pakaian seragam dalam kod etika berpakaian," katanya.
 
Beliau berkata, kementeriannya juga dijadual mengadakan perbincangan dengan Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), esok.
 
Katanya, perbincangan itu bagi memberi penjelasan mengenai langkah menyelesaikan isu larangan bertudung di tempat kerja. 




Demikianlah Artikel 13 daripada 88 hotel di Semenanjung larang pekerja bertudung

Sekianlah artikel 13 daripada 88 hotel di Semenanjung larang pekerja bertudung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 13 daripada 88 hotel di Semenanjung larang pekerja bertudung dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/13-daripada-88-hotel-di-semenanjung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :