Judul : ‘Gerakan, MCA tak amal konsep siapa menang dia berkuasa’
link : ‘Gerakan, MCA tak amal konsep siapa menang dia berkuasa’
‘Gerakan, MCA tak amal konsep siapa menang dia berkuasa’
Bernama
KUALA LUMPUR: Gerakan dan MCA tidak mengamalkan kaedah “zero-sum game” iaitu siapa menang dia berkuasa, sebaliknya sinergi mereka berkonsepkan situasi menang-menang yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, terutama masyarakat Cina, kata Datuk Seri Mah Siew Keong.
Bercakap sempena perhimpunan bersama MCA-Gerakan yang julung kali diadakan hari ini, presiden Gerakan itu berkata, partinya bersama MCA merupakan saudara seperjuangan dalam misi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Penerimaan mentaliti ‘zero-sum game’ tidak memberi manfaat kepada sesiapa, kecuali pembangkang yang bergantung kepada perbezaan pendapat kami untuk meraih kelebihan.
“Selepas perhimpunan hari ini, kami menganggap satu undi bagi MCA adalah undi untuk Gerakan dan begitu juga sebaliknya yang akan membawa manfaat tidak terhingga kepada semua rakyat Malaysia,” katanya pada perhimpunan bersejarah MCA-Gerakan di Wisma MCA hari ini.
Beliau turut memberi jaminan Gerakan akan memberi sokongan penuh kepada calon MCA yang bertanding pada PRU14 dan mana-mana ahli parti yang didapati mensabotaj calon MCA akan dikenakan tindakan disiplin.
Bertemakan “Teguh Bersama”, perhimpunan bersejarah itu dihadiri kira-kira 2,500 pemimpin tertinggi dan ahli akar umbi kedua-dua parti, bertujuan menunjukkan perpaduan serta kerjasama bagi menghadapi PRU14.
Mah berkata, perhimpunan bersama itu juga menaikkan lagi semangat ahli untuk mencari penyelesaian bersama serta membuktikan hubungan Gerakan dan MCA tidak pernah sebaik ini dan ia mencapai tahap tertinggi serta terpuji.
“Masa sudah tiba bagi kami untuk bersatu, jadi kami dapat menyatukan masyarakat Cina. Sudah tiba masanya untuk kami mengetepikan perbezaan kami dan bersedia menghadapi pilihan raya umum kerana ia akan menentukan masa depan dan hala tuju negara,” katanya.
Sementara itu, bercakap pada platform sama, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai optimis perkongsian MCA dan Gerakan untuk menghadapi PRU14 akan menghasilkan lebih banyak kerjasama pada masa depan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.
“Perhimpunan MCA-Gerakan bertemakan ‘Teguh Bersama’ hari ini adalah untuk mengisytiharkan MCA dan Gerakan dapat bersatu padu demi pembangunan negara.”
Demikianlah Artikel ‘Gerakan, MCA tak amal konsep siapa menang dia berkuasa’
Sekianlah artikel ‘Gerakan, MCA tak amal konsep siapa menang dia berkuasa’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Gerakan, MCA tak amal konsep siapa menang dia berkuasa’ dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/gerakan-mca-tak-amal-konsep-siapa.html