MCA tidak akan uar isu calon – Liow

MCA tidak akan uar isu calon – Liow - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA tidak akan uar isu calon – Liow, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA tidak akan uar isu calon – Liow
link : MCA tidak akan uar isu calon – Liow

Baca juga


MCA tidak akan uar isu calon – Liow

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: MCA tidak akan membincangkan isu calonnya pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 menerusi media memandangkan perkara itu adalah isu dalaman parti yang perlu diselesaikan antara pihak yang berkenaan, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau sebaliknya mahu setiap anggota MCA, sama ada yang terpilih sebagai calon ataupun tidak, bekerja keras dan memberikan komitmen penuh bagi menghadapi PRU yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

“Saya tidak akan bincangkan isu calon MCA di media kerana isu calon saya berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja… ini adalah isu dalaman parti dan saya rasa memang tidak patut diuar-uarkan melalui surat khabar.

“MCA kini dalam persiapan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya dan calon-calon tidak boleh dijadikan satu isu… MCA sebagai sebuah parti perlu bekerja keras untuk parti, untuk rakyat dalam negara ini,” katanya selepas menyerahkan ‘Pride of Workmanship Awards’ oleh Rotary Club kepada 66 pekerja KTM Berhad di sini hari ini.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas cakap-cakap politik bahawa Setiausaha Agung MCA yang juga Anggota Parlimen Tanjong Malim Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak akan bertanding pada PRU14.

Mengulas lanjut, Liow berkata MCA telah menyerahkan senarai calonnya kepada Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN), yang menampilkan lebih 50 peratus muka baharu termasuk orang muda, calon usia pertengahan dan juga veteran yang diyakini dapat membantu kemenangan MCA pada pilihan raya itu.

“Untuk jumlah kerusi, kerusi MCA tidak bertambah dan tidak berkurang… isu kerusi tiada masalah kerana dalam BN kerusi telah diagih-agihkan sejak dahulu lagi dan kalau ada pertukaran kerusi, komponen parti akan berbincang, tiada masalah,” katanya.



Demikianlah Artikel MCA tidak akan uar isu calon – Liow

Sekianlah artikel MCA tidak akan uar isu calon – Liow kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA tidak akan uar isu calon – Liow dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/mca-tidak-akan-uar-isu-calon-liow.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :