Judul : Remaja meninggal dunia ketika cari kerja
link : Remaja meninggal dunia ketika cari kerja
Remaja meninggal dunia ketika cari kerja
ANTARAPOSBAHAU: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun meninggal dunia selepas mengadu tidak sihat ketika sedang mencari kerja di sebuah pusat perniagaan di sini, tengah semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata Amiratul Hakimah Ismail dari Kampung Kasau, Batu Kikir dekat sini, bersama seorang rakannya dihantar ke situ oleh ibu serta bapanya pada jam 12.30 tengah hari.
"Tidak lama kemudian, mangsa memberitahu rakannya dia mahu pitam sebelum rebah. Dia kemudian tersedar selepas dikejutkan dan sempat memberitahu mahu muntah.
"Dia dipapah untuk duduk di kerusi berhampiran sebelum kelihatan tercungap-cungap dan tidak sedarkan diri," katanya.
Muhd Nur Hishamuddin berkata, orang ramai menghubungi ambulans namun pegawai perubatan yang tiba kemudian mengesahkan dia sudah meninggal dunia.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Demikianlah Artikel Remaja meninggal dunia ketika cari kerja
Sekianlah artikel Remaja meninggal dunia ketika cari kerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Remaja meninggal dunia ketika cari kerja dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/remaja-meninggal-dunia-ketika-cari-kerja.html