Benarkah Najib Luluskan Projek Solar RM1.25 Bilion Tanpa Tender Terbuka?

Benarkah Najib Luluskan Projek Solar RM1.25 Bilion Tanpa Tender Terbuka? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkah Najib Luluskan Projek Solar RM1.25 Bilion Tanpa Tender Terbuka?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benarkah Najib Luluskan Projek Solar RM1.25 Bilion Tanpa Tender Terbuka?
link : Benarkah Najib Luluskan Projek Solar RM1.25 Bilion Tanpa Tender Terbuka?

Baca juga


Benarkah Najib Luluskan Projek Solar RM1.25 Bilion Tanpa Tender Terbuka?


BEKAS perdana menteri Najib Razak didakwa meluluskan projek pemasangan panel solar di 369 sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion pada Januari lepas.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report (SR) melaporkan projek tanpa tender terbuka itu dianugerahkan kepada syarikat sewa kereta yang berpangkalan di Bintulu, Jepak Holdings Sdn Bhd dan mendakwa Najib melanggar prosedur biasa Kementerian Pendidikan (MOE).

Laporan itu mendakwa kakitangan MOE yang membangkitkan kebimbangan mengenai projek tersebut dipindahkan dan semua laporan polis yang dibuat mereka diabaikan pihak berkuasa sebelum pilihan raya.

"Kakitangan Kementerian Pendidikan yang membangkitkan kebimbangan mengenai kawalan kualiti (projek berkenaan) dipindahkan, mengikut maklumat kami, dan laporan kepada polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) diabaikan sehingga pilihan raya lepas,” dakwa SR.

Menurut laporan tersebut, ketua pegawai eksekutif Jepak Holdings adalah Saidi Abang Samsudin, yang merupakan naib ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak.

Projek berkenaan yang sepatutnya disiapkan dalam tempoh 18 bulan dilanjutkan sehingga tiga tahun dan sehingga kini tiada kerja-kerja pemasangan dibuat.

Jepak Holdings ketika ini menguruskan bekalan diesel dan penyelengaraan untuk 369 sekolah pedalaman dengan jumlah keseluruhan kos RM21.8 juta sebulan, yang mana sepatutnya digunakan untuk projek tenaga solar.

Najib didakwa menandatangani dua surat pada Julai 2016 dan Nomvember 2016, bagi membolehkan Samsudin melepasi keperluan untuk mendapatkan kontrak kerajaan.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pihaknya sudah menjalankan siasatan terperinci mengenai kes tersebut sejak minggu lepas.

"Pihak-pihak berkuasa yang berkaitan juga telah dimaklumkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

"Satu keputusan tegas telah saya ambil pada hari Jumaat 8 Jun 2018 yang lalu. Keputusan ini akan saya umumkan secara rasmi pada hari esok, Isnin 11 Jun 2018."


Demikianlah Artikel Benarkah Najib Luluskan Projek Solar RM1.25 Bilion Tanpa Tender Terbuka?

Sekianlah artikel Benarkah Najib Luluskan Projek Solar RM1.25 Bilion Tanpa Tender Terbuka? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Benarkah Najib Luluskan Projek Solar RM1.25 Bilion Tanpa Tender Terbuka? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/06/benarkah-najib-luluskan-projek-solar.html

Subscribe to receive free email updates: