Razak Baginda Nafi Suruh Azilah Bunuh Altantuya

Razak Baginda Nafi Suruh Azilah Bunuh Altantuya - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Razak Baginda Nafi Suruh Azilah Bunuh Altantuya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Razak Baginda Nafi Suruh Azilah Bunuh Altantuya
link : Razak Baginda Nafi Suruh Azilah Bunuh Altantuya

Baca juga


Razak Baginda Nafi Suruh Azilah Bunuh Altantuya


SHAH ALAM, 13 Mei — Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda memaklumkan kepada setiausahanya bahawa beliau tidak menyuruh bekas pegawai polis, Azilah Hadri membunuh “Amina”.

Siti Aisyah Mohd Azlan, 36, yang memberi keterangan pada perbicaraan kes saman sivil difailkan keluarga model Mongolia yang mati dibunuh pada 2006, Altantuya Shaariibuu, sebaliknya berkata, Abdul Razak memberitahunya bahawa beliau hanya meminta Azilah melindungi rumah dan keluarganya.

Setiausaha itu yang bertugas di Total Nexus (M) Sdn Bhd, Jalan Ampang dekat sini, terdahulu memberitahu mahkamah bahawa pada 7 November 2006, Abdul Razak memaklumkan kepadanya bahawa ‘sesuatu yang buruk’ telah berlaku.

Ketika ditanya peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, apakah beliau maksudkan dengan “sesuatu yang buruk”, Siti Aisyah menjawab Abdul Razak berkata “Amina” telah mati.

Siti Aisyah sebelum itu membuat pengecaman terhadap “Amina” menerusi gambar Altantuya yang dirujuk kepada beliau oleh jurubahasa mahkamah.

Sangeet: Seterusnya?

Siti Aisyah: Saya tanya siapa yang melakukannya.

Sangeet: Apakah jawapan defendan ketiga (Abdul Razak)?

Siti Aisyah: Beliau kata Azilah yang lakukan.

Sangeet: Siapakah “Azilah” yang defendan ketiga katakan?

Siti Aisyah: Pegawai UTK (Unit Tindakan Khas) yang telah hadir ke pejabat kami pada 18 Oktober 2006 iaitu defendan pertama.

Sangeet: Apakah defendan ketiga maklumkan bagaimana beliau tahu yang Azilah telah melakukannya?

Siti Aisyah: Tidak.

Saksi keenam plaintif itu memberi keterangan pada perbicaraan saman RM100 juta yang difailkan bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev Shaariibuu, isterinya Altantsetseg Sanjaa dan dua cucu lelaki mereka – Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga pada 4 Jun, 2007.

Mereka menamakan Azilah dan seorang lagi bekas anggota polis Sirul Azhar Umar, Abdul Razak serta kerajaan Malaysia sebagai defendan-defendan.

Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga digugurkan daripada senarai plaintif berikutan kematiannya dua tahun lepas.

Ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Abdul Razak sama ada majikannya itu ada meminta beliau merahsiakan perjumpaannya dengan Azilah, Siti Aisyah menjawab tidak ada.

Saksi itu berkata, pada Ogos 2006, Amina datang ke tempat kerja beliau untuk berjumpa dengan Abdul Razak dan melalui perbualan mereka, beliau mendengar Abdul Razak memberitahu Amina: “I got nothing to do with you. If you want to do anything go ahead.”(Saya tiada apa-apa dengan awak. Jika awak hendak buat sesuatu teruskan).

Ketika disoal balas Manjeet sama ada beliau ada mendengar majikannya itu mengeluarkan perkataan kasar, mengugut atau memukul dan menolak kepala Amina, Siti Aisyah menjawab tidak ada.

Saksi itu seterusnya berkata selepas pertemuan itu, Amina ada datang lagi ke pejabat beliau sebanyak tiga kali untuk bertemu dengan Abdul Razak namun gagal berbuat demikian.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera bersambung esok lapor Malay Mail


Demikianlah Artikel Razak Baginda Nafi Suruh Azilah Bunuh Altantuya

Sekianlah artikel Razak Baginda Nafi Suruh Azilah Bunuh Altantuya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Razak Baginda Nafi Suruh Azilah Bunuh Altantuya dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/05/razak-baginda-nafi-suruh-azilah-bunuh.html

Subscribe to receive free email updates: