Itu 'Bar Ribbon', Bukan Darjah Kebesaranlah..

Itu 'Bar Ribbon', Bukan Darjah Kebesaranlah.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Itu 'Bar Ribbon', Bukan Darjah Kebesaranlah.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Itu 'Bar Ribbon', Bukan Darjah Kebesaranlah..
link : Itu 'Bar Ribbon', Bukan Darjah Kebesaranlah..

Baca juga


Itu 'Bar Ribbon', Bukan Darjah Kebesaranlah..


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya hari ini menjelaskan ‘bar ribbon’ tidak harus dikelirukan dengan pingat atau darjah kebesaran yang dianugerahkan pihak istana.

Beliau berkata, ‘bar ribbon’ yang dikepilkan pada pakaian seragamnya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012, yang mengarahkan bahawa seseorang Ketua Pesuruhjaya berdasarkan jawatannya dikehendaki memakai ‘bar ribbon’ seperti yang disenaraikan.

Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit kekhilafan dalam ‘bar ribbon’ terbabit yang sudah diperbetulkan.

“’Bar ribbon’ ini tidak harus dikelirukan dengan pingat atau darjah kebesaran yang dikurniakan dari pihak Istana, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri.

“Butiran lain di atas baju seragam saya adalah lencana-lencana pangkat yang mana saya dikehendaki memakainya selaku Ketua Pesuruhjaya dan adalah berdasarkan perintah tetap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengakui beliau baru belajar mengenai lencana pangkat, ‘bar ribbon’ dan pemakaian seragam SPRM, Latheefa berkata, pihaknya berterima kasih di atas ‘minat’ ditunjukkan pihak tertentu terhadap pakaian seragam dipakainya itu.

“Keutamaan saya sejak mengambil alih tugas (Ketua Pesuruhjaya SPRM) adalah kes rasuah yang serius dan bukanlah butiran pemakaian seragam saya,” katanya.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mempersoalkan bagaimana Latheefa boleh memakai banyak butiran pada pakaian seragamnya, sedangkan beliau baru sebulan memegang jawatan itu dan menuntut penjelasan diberikan mengenainya.

Selain Lokman, perkara sama turut disuarakan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang meminta SPRM memperincikan bintang kebesaran pada pakaian seragam dipakai Latheefa.

Pertikaian itu tercetus selepas gambar Latheefa yang memakai pakaian seragam Ketua Pesuruhjaya SPRM menghadiri majlis perbarisan hormat anggota agensi itu, tular di media sosial lapor Berita Harian





Demikianlah Artikel Itu 'Bar Ribbon', Bukan Darjah Kebesaranlah..

Sekianlah artikel Itu 'Bar Ribbon', Bukan Darjah Kebesaranlah.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Itu 'Bar Ribbon', Bukan Darjah Kebesaranlah.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/07/itu-bar-ribbon-bukan-darjah-kebesaranlah.html

Subscribe to receive free email updates: