Bukan PH Tapi BN Yang Jual Tanah Kerajaan, Kata Guan Eng

Bukan PH Tapi BN Yang Jual Tanah Kerajaan, Kata Guan Eng - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan PH Tapi BN Yang Jual Tanah Kerajaan, Kata Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan PH Tapi BN Yang Jual Tanah Kerajaan, Kata Guan Eng
link : Bukan PH Tapi BN Yang Jual Tanah Kerajaan, Kata Guan Eng

Baca juga


Bukan PH Tapi BN Yang Jual Tanah Kerajaan, Kata Guan Eng


Kementerian Kewangan menolak dakwaan sesetengah pemimpin pembangkang bahawa kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menjual tanah milik kerajaan kepada pihak tertentu. 

Menterinya, Lim Guan Eng sebaliknya berkata lebih RM4 bilion tanah kerajaan persekutuan dijual kerajaan Barisan Nasional antara 2010 hingga 2017.

“Kebanyakan penjualan tanah milik kerajaan yang berlaku dalam tempoh tersebut dilakukan secara rundingan terus, dan bukannya secara tender terbuka.

“Pemimpin pentadbiran lalu yang terus-menerus menuduh kerajaan PH menjual tanah dan aset kerajaan harus menghentikan dakwaan mereka yang tidak berasaskan fakta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang turut melampirkan bukti penjualan tanah kerajaan persekutuan oleh kerajaan terdahulu berkata urusan penyahlaburan dan pelupusan bukan-teras dan bukan-kritikal aset negara adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.

Antara tanah kerajaan persekutuan yang dijual kerajaan BN ialah di Jalan Cochrane, Ampang, Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Jalan Hang Tuah, Jalan Conlay dan beberapa kawasan lagi.




Sebelum ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan mempertimbangkan untuk melepaskan aset negara seperti tanah bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Mahathir juga berkata kerajaan PH tidak akan mengulangi langkah pimpinan terdahulu yang sanggup menjual tanah kerajaan kepada pihak asing.

Terdahulu, Khazanah Nasional Bhd menjual asetnya yang bernilai hampir RM50 bilion dalam tempoh kurang 10 tahun untuk membolehkan cabang dana pelaburan negara itu merealisasikan nilai pelaburannya serta membiayai operasi serta aktiviti pelaburannya.

Dari 2009 sehingga 2017, Khazanah melakukan 80 penjualan yang bernilai RM45.30 bilion dan hasil daripadanya biasanya digunakan bagi pelaburan baru dan mengurangkan hutang dan tidak disalurkan secara terus kepada kerajaan lapor FMT



Demikianlah Artikel Bukan PH Tapi BN Yang Jual Tanah Kerajaan, Kata Guan Eng

Sekianlah artikel Bukan PH Tapi BN Yang Jual Tanah Kerajaan, Kata Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan PH Tapi BN Yang Jual Tanah Kerajaan, Kata Guan Eng dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/10/bukan-ph-tapi-bn-yang-jual-tanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :