LTTE: Polis Perluas Siasatan Ke Atas Ramasamy

LTTE: Polis Perluas Siasatan Ke Atas Ramasamy - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LTTE: Polis Perluas Siasatan Ke Atas Ramasamy, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LTTE: Polis Perluas Siasatan Ke Atas Ramasamy
link : LTTE: Polis Perluas Siasatan Ke Atas Ramasamy

Baca juga


LTTE: Polis Perluas Siasatan Ke Atas Ramasamy


Polis akan melaksanakan siasatan lebih luas terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan terbaharu itu dibuat berdasarkan laporan baharu diterima polis dan keterangan pemimpin DAP itu akan diambil dalam masa terdekat.

Menurutnya, polis akan menyiasat dari pelbagai sudut sekiranya terdapat bukti-bukti baharu yang boleh mengaitkan Ramasamy dengan kumpulan LTTE.

"Sebenarnya aduan berkaitan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sudah diterima dan disiasat polis pada tahun 2013 di mana kertas siasatan sudah diangkat dan diserahkan kepada Peguam Negara.

"Dalam kes lama pemimpin berkenaan dalam alasan pembelaan diri sewaktu disoal siasat menyatakan beliau menyokong perjuangan kebebasan.

"Selain video menunjukkan kaitan pemimpin itu dengan LTTE, (Ramasamy) turut mempunyai video menyokong pembebasan wilayah Acheh di samping mendakwa menyokong kebebasan puak minoriti Islam di selatan Filipina," katanya pada sidang media di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda inisiatif Sinar Harian dan Sin Chiew Daily yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar petang tadi.

Abdul Hamid berkata, selain Ramasamy, polis juga akan turut menyiasat sebuah pertubuhan yang didakwa menyokong perjuangan LTTE dengan menggunakan simbol hampir serupa digunakan kumpulan pemberontak Sri Lanka itu pada logo pertubuhan.

"Kita sudah ambil tindakan untuk melihat sama ada pertubuhan itu berdaftar atau tidak dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Kita juga menggalakkan orang ramai dan media untuk membantu siasatan polis sekiranya mempunyai maklumat baharu berkenaan dua isu berkenaan," katanya.

Tahun lalu, Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin yang merupakan pengkritik lantang Ramasamy menggesa pihak berkuasa menyiasat kaitan pemimpin DAP itu dengan LTTE, kumpulan yang diklasifikasikan organisasi pengganas oleh lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Laporan penuh sila baca di SINI


Demikianlah Artikel LTTE: Polis Perluas Siasatan Ke Atas Ramasamy

Sekianlah artikel LTTE: Polis Perluas Siasatan Ke Atas Ramasamy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LTTE: Polis Perluas Siasatan Ke Atas Ramasamy dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/10/ltte-polis-perluas-siasatan-ke-atas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :