Menteri Kewangan Tidak Semesti Melayu Kata Anwar

Menteri Kewangan Tidak Semesti Melayu Kata Anwar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri Kewangan Tidak Semesti Melayu Kata Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri Kewangan Tidak Semesti Melayu Kata Anwar
link : Menteri Kewangan Tidak Semesti Melayu Kata Anwar

Baca juga


Menteri Kewangan Tidak Semesti Melayu Kata Anwar


Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak melihat jawatan menteri kewangan perlu dipegang oleh orang Melayu, sebaliknya individu yang memegang jawatan itu perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan orang Melayu dan seluruh rakyat.

“Menteri Kewangan mestilah individu yang berkelayakan, berdaya saing dan menjaga kebajikan orang Melayu, Bumiputera serta seluruh rakyat Malaysia,” katanya sewaktu ditemui di Parlimen, hari ini.

Anwar mengulas gesaan ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadli Shaari sewaktu berucap pada Kongres Maruah Melayu di Shah Alam semalam bahawa Putrajaya perlu melantik orang Melayu dan beragama Islam untuk jawatan utama di peringkat negeri dan negara.

Ahmad berkata, jawatan yang harus dipegang orang Melayu adalah perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri kewangan, menteri pertahanan, menteri pendidikan, menteri dalam negeri dan pihak berkuasa negeri.

Pada masa sama, Anwar berkata beliau tidak dapat menghadiri Kongres Maruah Melayu semalam kerana lambat mendapat jemputan daripada pihak penganjur.

“Saya dapat jemputan lambat sangat. Petang itu saya ada di Negeri Sembilan, memang tidak dijemput. Akhirnya jemput juga, jemput petang. Wan Azizah (Wan Ismail) telefon ada wakil kongres minta saya hadir

“Tetapi saya ada program, paling penting bagi saya masalah pengurusan urus tadbir, rasuah, rompakan harta rakyat ini yang perlu diperbetulkan. Maruah tercemar kerana salah urus, penyelewengan dan rasuah,” katanya.

Kongres Maruah Melayu yang berlangsung semalam dianjurkan bersama oleh beberapa universiti awam tempatan.

Kongres yang menyaksikan ucaptama daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut dihadiri pemimpin Melayu dari Umno, PAS, parti komponen Pakatan Harapan (PH) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lapor FMT



Demikianlah Artikel Menteri Kewangan Tidak Semesti Melayu Kata Anwar

Sekianlah artikel Menteri Kewangan Tidak Semesti Melayu Kata Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri Kewangan Tidak Semesti Melayu Kata Anwar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/10/menteri-kewangan-tidak-semesti-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :