Ekspo Tatoo: Kementerian Pelancongan Tak Pernah Luluskan

Ekspo Tatoo: Kementerian Pelancongan Tak Pernah Luluskan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ekspo Tatoo: Kementerian Pelancongan Tak Pernah Luluskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ekspo Tatoo: Kementerian Pelancongan Tak Pernah Luluskan
link : Ekspo Tatoo: Kementerian Pelancongan Tak Pernah Luluskan

Baca juga


Ekspo Tatoo: Kementerian Pelancongan Tak Pernah Luluskan


KEMENTERIAN Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) tidak pernah meluluskan sebarang perayaan separuh bogel yang dianjurkan Ekspo Tattoo Malaysia 2019, kata Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata, adalah mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu.

“Itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.

“Kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur ekspo itu susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.

“Saya sudah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara berkenaan,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Semalam tular gambar-gambar lelaki dan wanita bertatoo separuh bogel yang menyertai ekspo bertaraf antarabangsa itu.

Ekspo itu turut mendapat sokongan MOTAC seperti yang tertera di layar belakang pentas.

Ekspo berkenaan berlangsung pada 29 November sehingga semalam.

Penganjuran ekspo terbabit berjaya menghimpunkan peserta dari 35 negara berbanding penganjuran pada tahun 2015, 2016 dan 2017 yang diadakan di Sabah sebelum ini.

MyCeB dalam kenyataan awal menyebut, sebarang kelulusan untuk acara diadakan di mana-mana negeri perlu mendapatkan kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan.

Mohamaddin berkata, pihaknya sedang menanti laporan penuh siasatan dari MyCeB dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan lapor Harian Metro


Demikianlah Artikel Ekspo Tatoo: Kementerian Pelancongan Tak Pernah Luluskan

Sekianlah artikel Ekspo Tatoo: Kementerian Pelancongan Tak Pernah Luluskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ekspo Tatoo: Kementerian Pelancongan Tak Pernah Luluskan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/12/ekspo-tatoo-kementerian-pelancongan-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :