Harga Komputer Riba, Tablet Naik 25%.. Kerajaan Buat Apa?

Harga Komputer Riba, Tablet Naik 25%.. Kerajaan Buat Apa? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga Komputer Riba, Tablet Naik 25%.. Kerajaan Buat Apa?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harga Komputer Riba, Tablet Naik 25%.. Kerajaan Buat Apa?
link : Harga Komputer Riba, Tablet Naik 25%.. Kerajaan Buat Apa?

Baca juga


Harga Komputer Riba, Tablet Naik 25%.. Kerajaan Buat Apa?


Apabila permintaan mengatasi penawaran, harga akan meningkat.. dan apabila penawaran melebihi permintaan harga akan jatuh. 

Itu adalah asas hukum pasaran bebas..

Tetapi apabila yang berkuasa membiarkan ianya berleluasa.. maka ada yang akan memijak kepala dan naikkan harga ikut suka dia..


Bila Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),komputer riba dan tablet sangat diperlukan oleh pelajar untuk mengikuti kelas online.

Permintaan yang mendadak itu telah menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga komputer riba dan tablet itu sehingga 25%.. satu kenaikkan yang tinggi.

Antara alasan yang diberikan oleh Peniaga ialah berlaku peningkatan harga disebabkan kekurangan stok dan kenaikan kos logistik dari negara pengeluar.

Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pihaknya menerima laporan tablet mampu milik berjenama yang sebelum ini berharga RM399 kini dijual pada harga RM599 selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kadir berkata:
CAP menerima aduan berlaku kenaikan harga sehingga 25 peratus bagi tablet dan peningkatan harga ini mesti segera dikawal oleh kerajaan,”

"Peniaga memberi alasan kenaikan harga berlaku disebabkan kekurangan stok dan kenaikan kos logistik dari negara pengeluar."

"Alasan itu tidak dapat diterima kerana pengilang barang-barang tersebut merupakan syarikat yang berskala besar sekali gus tidak berdepan masalah berkenaan"

“Peniaga harus menurunkan margin keuntungan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat pada masa-masa yang sukar ini,”

"Daripada tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan pada Mac 2020, terdapat masalah serius melibatkan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)"

“Tinjauan dilakukan dalam kalangan 670,000 ibu bapa serta sekitar 900,000 murid dan hasilnya mengejutkan.

“Hanya enam peratus pelajar yang mempunyai komputer dan tablet peribadi; sembilan peratus mempunyai komputer riba; dan 46 peratus memiliki telefon pintar sementara 36.9 peratus tidak mempunyai sebarang peranti,”

Adakah kita mahu melihat 36.9 peratus anak bangsa kita yang tidak memiliki sebarang peranti itu keciciran dalam pelajaran mereka?

Disamping berlakunya kenaikkan harga ada laporan mengatakan kebanyakan komputer riba terutama yang berharga RM2,000 ke bawah telah habis dijual susulan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak beberapa minggu ini.  

IPOH: Kebanyakan komputer riba terutama yang berharga RM2,000 ke bawah telah habis dijual di Ipoh susulan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak beberapa minggu ini.

Tinjauan Bernama di sebuah kompleks yang merupakan lubuk penjualan alat peranti di Perak seperti telefon bimbit, komputer dan aksesori itu mendapati stok komputer riba di kebanyakan kedai di kompleks itu semakin berkurang.

Menurut seorang peniaga Chai Wai Kean, 25, premisnya kehabisan stok komputer riba jenis murah kerana lebih 100 unit telah terjual sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) terutamanya ketika pelaksanaan PdPR.

“Ramai ibu bapa yang datang ke sini untuk mencari komputer riba bagi anak mereka menjalani sesi persekolahan secara dalam talian di rumah dan kini tiada lagi stok boleh didapati di kedai ini kerana yang tinggal hanya yang berharga RM3,000 ke atas.

“Bagaimanapun kami masih mempunyai set komputer meja (desktop) berharga lingkungan RM1,500 namun kebanyakan ibu bapa enggan membelinya kerana lebih memilih komputer riba untuk anak-anak mereka guna secara berkongsi,” katanya.

Chai berkata sebelum ini pihaknya hanya menambah stok komputer riba yang murah antara 10 hingga 20 unit dua kali sebulan tetapi kini pihaknya sukar mendapatkan bekalan kerana pembekal dan penghantaran dari luar negara agak terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, seorang pekerja di premis lain dalam kompleks sama yang hanya ingin dikenali sebagai Chong, 37, berkata ramai ibu bapa menolak apabila dicadangkan supaya membeli komputer meja yang lebih murah kerana mereka tetap memilih komputer riba kerana dilengkapi dengan kamera bagi tujuan PdPR.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan harga peranti itu bakal meningkat susulan permintaan yang tinggi dan kesukaran mendapatkan bekalan ketika ini manakala stok baharu dijangka hanya tiba selepas Tahun Baru Cina nanti.

Seorang peniaga produk Muslim yang tinggal di Tambun, Abu Muizzuddin berkata beliau datang ke Kompleks Yik Foong itu untuk mencari komputer riba bagi kegunaan anak-anak mengikuti PdPR pada Selasa lepas namun kehabisan stok.

Beliau berkata empat anaknya yang masih berada di sekolah rendah dan menengah termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa berkongsi komputer riba lama yang dibelinya beberapa tahun lepas.

“Selain anak, isteri saya seorang guru juga terpaksa berkongsi komputer riba yang sama untuk tujuan PdPR. Puas saya mencari di kompleks ini…yang tinggal hanyalah satu unit tetapi harganya terlalu mahal,” keluhnya lapor FMT

Hmm.. kekurangan stok.. alasan nak naikkan harga lagilah tu..

Kalau RM2000 pun dah cukup membebankan bagi golongan B40.. bagaimana pula jika harganya melebihi RM3000?.. sudah tentu lebih membebankan..

Kerajaan sepatutnya bertindak mengawal harga Komputer riba dan juga tablet ini.. letakkan harga siling, jangan biarkan peniaga yang mengawal harga gajet tersebut..

Oittt!! orang kat Putrajaya tu.. kawal lah sikit.. jangan dok tengok saja.. dah ada kuasa tu guna laa..


Demikianlah Artikel Harga Komputer Riba, Tablet Naik 25%.. Kerajaan Buat Apa?

Sekianlah artikel Harga Komputer Riba, Tablet Naik 25%.. Kerajaan Buat Apa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harga Komputer Riba, Tablet Naik 25%.. Kerajaan Buat Apa? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/harga-komputer-riba-tablet-naik-25.html

Subscribe to receive free email updates: