Kenapa Mahathir Tak Serah Kuasa Kepada Wan Azizah?

Kenapa Mahathir Tak Serah Kuasa Kepada Wan Azizah? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Mahathir Tak Serah Kuasa Kepada Wan Azizah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Mahathir Tak Serah Kuasa Kepada Wan Azizah?
link : Kenapa Mahathir Tak Serah Kuasa Kepada Wan Azizah?

Baca juga


Kenapa Mahathir Tak Serah Kuasa Kepada Wan Azizah?



Dr Mahathir pernah berkata wanita juga mampu menjadi Perdana Menteri di negara ini suatu hari nanti..

“Malah penuntut wanita adalah bilangan terbesar di universiti dan mereka juga mengambil bahagian dalam setiap kegiatan di sana, malah ada yang berpeluang mengikutinya sehingga ke luar negara,” katanya dan menambah wanita juga lebih serius dalam segala tugasan yang dilakukan

“Kita lihat perkara ini (perdana menteri wanita) berlaku di negara-negara maju dan kita juga lebih awal dalam memberi peranan kepada wanita sebagai pemimpin.

“Mungkin (pada masa ini) tak sampai jadi perdana menteri, tetapi sudah ada (wanita) yang sudah dapat jawatan dengan tanggungjawab tinggi, malah mereka juga menjalankan tugas dengan baik,”


Itu adalah antara apa yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir dalam satu program bual bicara ‘Tick Talk 60 Minute: Wanita-Wanita Bersama Tun M’ yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi beliau pada Isnin 25 Januari 2021 yang lalu..

Cakap saja tu.. yang sebenarnya cakap tak serupa bikin..

Dia dah boleh buat sebelum dia melingkupkan PH tapi dia tak nak buat..?

Tommy Thomas dalam memoirnya pula telah menulis 

"Selepas Tun Dr Mahathir Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Februari tahun lalu, peruntukan Perlembagaan membolehkan timbalan beliau ketika itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri.

"Agong bertindak mengikut Perlembagaan dan mahu melantik Dr Wan Azizah sebagai pemangku Perdana Menteri atau Perdana Menteri Interim.

"Bagaimanapun, Dr Mahathir mencalonkan dirinya untuk jawatan sementara itu, meskipun sudah berundur sebagai Perdana Menteri.

Kenapa Tun Mahathir tak serah kuasa kepada DS Wan Azizah?

Baca apa IpohMali tulis ni..


KENAPA MAHATHIR TAK SERAH KUASA PADA WAN AZIZAH?

Bagi aku memoir Thommy Thomas ini cukup Baik..aku sebenarnya malas dah nak komen pasal Politik berulang kali tambah soal letak jawatan..Sebab aku dah tulis pandangan aku..Soal nak terima, Terpulang.. Perspektif aku berbeza..boleh jadi aku Salah..tetapi setakat ini.. inilah pandangan aku..

memang pandangan aku melawan arus dari kebanyakan sahabat dalam PH.. aku faham.. nampaknya aku bakal diserang lagi..tapi aku raikan..
 
1- TUN MEMANG TAKDA NIAT LETAK JAWATAN..

Aku dah sebut beberapa kali, Walaupun dalam Memoir Thommy Thomas, Dia menyatakan sepatutnya pada sudut perlembagaan Tun harus menyerahkan kuasa kepada Timbalan.. Pandangan perspektif Thommy Thomas itu tepat pada Sudut Undang2..Tetapi tidak Politik..

Aku dah sebut sebelum ini, Tun Memang ada niat terus berkuasa.. Itu sebab dia mahu dilantik jadi PM Interim dan menawarkan idea Kerajaan Perpaduan, Sebab apa ? Sebab mmg PH dah takda Sokongan…. Malah Tun menamakan nama dia sebagai Calon PM dan memohon Sidang Parlimen Khas pun kita tahu dia mahu terus berkuasa…

Cuma aku berbeza pandangan dengan Thommy Thomas sebab mengatakan PM sebelum ini boleh serahkan Kuasa kepada Timbalannya, Hakikatnya zaman BN sebelum ini, Jumlah MP UMNO saja Solid membentuk Sebuah Kerajaan.. hatta Parti gabungan MCA dan MIC tarik diripun.. UMNO kekal berkuasa dari jumlah majoriti ahli Parlimen.. Berbeza dengan PH, PH terdiri dari 3 rakan Gabungan.. Bila Bersatu tarik diri dari PH..maka Kerajaan PH Itu sudah pun jatuh..

2- JADI KENAPA TUN LETAK JAWATAN.. ?

Tun letak jawatan Sebab PH dah hilang Sokongan.. Dia Sebagai PM yang dilantik atas kapasiti dan sokongan PH perlu terlebih dahulu letak jawatan..Sebagaimana hari ini meminta Muhyidin menambil tindakan bermaruah untuk letak jawatan sebab sudah hilang Sokongan , Begitulah yang dilakukan Tun..

Bagi aku Tindakan Tun itu Bermaruah dan menepati Undang2..Biarpun Salah dalam Percaturan Politik.. Itulah dilakukan Sultan Nazrin 2 kali di Perak.. Peja dititahkan meletak jawatan sebelum dilantik Semula sebagai MB Perak pada 13 MAC

Manakala pada Bulan Diseber, ketika UMNO menjatuhkan Peja melalui Sidang Dun, Sekali lagi Barisan Exco Perak dititahkan terlebih dahulu meletak jawatan.. Jadi dari kes di Perak, Duluan Tun Mahathir itu betul dan menepati apa yang dilakukan Sultan Perak..

Itu sebab Tun Mahathir dalam mesyuarat Bersatu pada 23 febuari dia berulang kali kata dalam Mesyuarat..Kalau Bersatu Keluar dari PH..Dia akan letak jawatan..Dan apa yang dia cakap..Itu yang di buat..Dalam Undang Undang tidak ada istilah pujuk memujuk bila Seseroang sudah Hilang Sokongan..

3- PROSES PARLIMEN ADALAH TEPAT..TINDAKAN SPEAKER ADALAH SALAH..

Aku pernah sebut sebelum ini..Bila Speaker menolak permohonan Tun Mahathir untuk mengadakan sidang dewan rakyat Khas atas alasan Teknikal bagi memilih PM pada 2 Mac adalah keputusan yang Salah.. Dalam Memoir Thommy Thomas sebut perkara yang sama.. Tindakan Speaker itu Salah..

kita membaca Memoir Thommy Thomas, Jangan baca Sekerat.. Antara nasihat Thommy Thomas adalah dengan mengadakan Sidang Khas Parlimen memilih PM.. itu yang dilakukan Tun Mahathir..

Speaker Dewan Rakyat ketika itu menolak, walaupun dinasihatkan Peguam Negara..Thommy Thomas sendiri tidak tahu Siapa yang mempengaruhi keputusan Mohamad Ariff sedangkan Tindakan Itu Salah.. kita sedia maklum, Speaker adalah Pro PH, Mustahil berpihak kepada Tun atau pengkhianat..

Itu sebab aku kata, Antara kesilapan besar PH menolak Sidang Khas Parlimen.. Disitulah tempat membuktikan Siapa yang Khianat atau Tidak.. siapa yang dapat Sokongan atau Tidak..

4- PH JATUH SEBAB SALAH STRATEGI DAN GAGAL MELETAKKAN MATLAMAT UTAMA..

Jadi Kejatuhan Kerajan PH ini bagi pandangan aku, Akibat dari kesilapan strategi Politik dan keegoaan politik.. Dan masing masing samada Tun atau Ds Anwar ada Cita cita Politik Sendiri..

Tun Masih mahu kekal menjadi PM..Ego kerana terlalu yakin dengan Rencana Politik dia untuk kekal berkuasa, tidak mahu berbincang dengan rakan Politik.. manakala Kesilapan PH kerana terlalu yakin dapat Sokongan Ds Anwar yang menamakan namanya sendiri ke Istana dan menolak sidang parlimen Khas….

Kalau Kita letakkan keutamaan Itu sebuah Kerajaan dan Mandat Rakyat.. Boleh saja kita untuk bersabar, Terlebih dahulu mencalonkan Nama Tun Mahathir.. Jika Tun Mahathir Khianat..pada Bila bila masa PH boleh tarik sokongan sepertimana UMNO hari ini dalam gabungan PN biarpun depa tak pernah bersetuju dengan Muhyidin..

Itu Sebab aku kata, Kalau pemimpin ketepikan Ego.. kita tolak Kepentingan Peribadi dan mengutamakan Kepentingan Kerajaan yang dipilih Rakyat.. Semua ini takkan terjadi..

5- HIKMAH DARI RAMPASAN KUASA..

Tetapi sebagai Muslim aku tetap yakin..Semua yang terjadi ada ketentuan Allah dan bila melihatkan Kerajaan PN hari ini dibebankan dengan kegagalan mengurus Ekonomi dan mengawal wabak Covid-19…akhirnya terbukti Kerajaan PH 22 bulan, adalah kerajaan yang terbaik dan Reform..

kalau Kerajaan PH kekal..tak tahu bertapa teruknya sentimen Perkauman Agama pada ketika ini terpaksa ditangung PH…rasanya Percaturan Allah itu jauh lebih baik dari apa yang kita kehendaki..

وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ…

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

( Surah Al Baqarah : ayat 216 )



Demikianlah Artikel Kenapa Mahathir Tak Serah Kuasa Kepada Wan Azizah?

Sekianlah artikel Kenapa Mahathir Tak Serah Kuasa Kepada Wan Azizah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Mahathir Tak Serah Kuasa Kepada Wan Azizah? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/kenapa-mahathir-tak-serah-kuasa-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: