Judul : Panasonic Akan Henti Pengeluaran Kilangnya Di Malaysia
link : Panasonic Akan Henti Pengeluaran Kilangnya Di Malaysia
Panasonic Akan Henti Pengeluaran Kilangnya Di Malaysia
Memetik laporan Nikkei Asia, gergasi elektronik dari Jepun itu akan menghentikan pengeluaran di kilang miliknya di Malaysia dan Shimane Prefecture, Jepun seawal Mac 2022.
Langkah itu menandakan 'jalan keluar' sepenuhnya Panasonic dalam perniagaan pengeluaran solar selepas syarikat berpangkalan di Osaka itu menamatkan kerjasama pengeluaran sel solar dengan Tesla tahun lalu.
Menurut laporan Nikkei Asia, Panasonic akan mendapatkan panel solar daripada pengeluar lain bagi memastikan ia kekal dalam industri tenaga menerusi perniagaan seperti pemasangan sistem penjanaan bagi kegunaan kediaman.
Dalam satu lagi laporan media, Panasonic berkata ia akan menamatkan penghasilan bateri solar akhir tahun fiskal 2021 sebagai sebahagian jalan keluar daripada perniagaan yang tidak menguntungkan itu.
Menurut syarikat itu, ia akan mengekalkan jumlah pekerja di kilang miliknya di Shimane Prefecture di mana peranti lain berkaitan penjanaan tenaga solar akan dihasilkan.
Kilang miliknya di Malaysia diuruskan Panasonic Energy Malaysia (PECMY) iaitu bahagian pengeluaran perniagaan Panasonic Solar dan turut mengeluarkan panel solar serta pembuatan wafer, bateri dan modul bersepadu.
Satu-satunya kilang yang beroperasi di seluruh dunia ketika ini terletak di Taman teknologi Tinggi Kulim, iaitu 50 kilometer bahagian timur Pulau Pinang.
Kilang yang dibina dalam masa sembilan bulan bermula dari perancangan hingga pentauliahan adalah pemegang rekod pembinaan kilang berskala besar terpantas di taman perindustrian.
Sementara itu, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, jumlah penjanaan tenaga solar baru tahun ini dijangka mencapai 117 juta kilowatt, meningkat 10 peratus dari tahun sebelumnya.
Susulan peningkatan pengeluaran oleh pengilang China, harga panel solar telah susut ke sekitar satu pertiga dari harga tahun 2012.
Berikutan harga yang lebih rendah ditawarkan pesaingnya di China, ia memaksa pengeluar Jepun menamatkan pengeluaran dengan perniagaan bateri dan panel solar Panasonic mencatat kerugian.
Pada masa ini, kebanyakan jualan adalah berdasarkan permintaan domestik, namun ia dijangka tidak berkembang selepas program insentif untuk penjanaan tenaga solar kediaman di Jepun telah ditamatkan sejak November 2019.
Panasonic telah membangunkan perniagaan bateri solar daripada Sanyo Electric, yang menjadi anak syarikat penuhnya pada 2011.
Teknologi asal yang dikenali sebagai HIT, dianggap memiliki kecekapan tertinggi di dunia dalam mengubah cahaya matahari kepada tenaga elektrik pada masa.
Pada 2009, Panasonic berusaha untuk menjadi antara tiga pengeluaran utama, tetapi ia kini di luar senarai lima teratas ekoran perang harga dengan syarikat China yang mewakili 30 peratus dari bahagian pasaran.
Bagaimanapun, Panasonic merancang untuk terus berada dalam perniagaan tenaga boleh diperbaharui, dengan memberi tumpuan kepada segmen lain seperti sistem pengurusan kuasa untuk bandar pintar.
Selepas menamatkan pengeluaran panel solar, kilangnya di Shimane akan menumpukan perhatian kepada pengeluaran perapi tenaga yang menukar elektrik yang diekstrak panel solar dari arus terus kepada arus alternatif.
Kilang miliknya di Osaka yang menghasilkan panel dalam kenderaan dijangka menjadi penempatan semula pekerjaannya.
Selepas Panasonic menarik diri, Kyocera dan Sharp akan menjadi syarikat utama di Jepun yang menghasilkan bateri dan panel solar.
Bahagian pasaran global kini dikuasai pengeluar China seperti JinkoSolar dan pengeluar Jepun yang pernah menerajui pasaran kini kehilangan tempat lapor Berita Harian
Demikianlah Artikel Panasonic Akan Henti Pengeluaran Kilangnya Di Malaysia
Sekianlah artikel Panasonic Akan Henti Pengeluaran Kilangnya Di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Panasonic Akan Henti Pengeluaran Kilangnya Di Malaysia dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/panasonic-akan-henti-pengeluaran.html