Rosmah Diperintah Bela Diri Kes Rasuah Projek Hibrid Solar

Rosmah Diperintah Bela Diri Kes Rasuah Projek Hibrid Solar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rosmah Diperintah Bela Diri Kes Rasuah Projek Hibrid Solar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rosmah Diperintah Bela Diri Kes Rasuah Projek Hibrid Solar
link : Rosmah Diperintah Bela Diri Kes Rasuah Projek Hibrid Solar

Baca juga


Rosmah Diperintah Bela Diri Kes Rasuah Projek Hibrid Solar

 


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Rosmah Mansor membela diri bagi semua tiga pertuduhan kes rasuah yang dikenakan terhadapnya berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan ketika membacakan penghakimannya berkata pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rosmah yang juga isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Katanya, pihak pendakwaan berjaya mengemukakan bukti yang boleh dipercayai mengikut elemen di bawah pertuduhan tersebut, jika tidak disangkal atau tidak dijelaskan boleh disabitkan kesalahan.

“Oleh itu, saya mengarahkan tertuduh membela dirinya,” kata hakim. 

Rosmah memilih untuk memberi keterangan pembelaan secara bersumpah dari kandang saksi.

Rosmah, 69, yang berbaju kurung kuning kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan.

Beliau berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Sogokan itu didakwa diterima melalui bekas pegawai khasnya, Rizal Mansor, sebagai ganjaran kerana menolong Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid dan Penyelenggaraan Operasi Genset Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan melalui rundingan terus.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra; kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 hingga September 2017.

Pendakwaan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10, 000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram sementara peguam Jagjit Singh mengetuai pasukan pembelaan. 



Demikianlah Artikel Rosmah Diperintah Bela Diri Kes Rasuah Projek Hibrid Solar

Sekianlah artikel Rosmah Diperintah Bela Diri Kes Rasuah Projek Hibrid Solar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rosmah Diperintah Bela Diri Kes Rasuah Projek Hibrid Solar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/rosmah-diperintah-bela-diri-kes-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates: