Xavier Dan Thinagaran Disiasat Kes Rasuah, SPRM Sahkan

Xavier Dan Thinagaran Disiasat Kes Rasuah, SPRM Sahkan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Xavier Dan Thinagaran Disiasat Kes Rasuah, SPRM Sahkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Xavier Dan Thinagaran Disiasat Kes Rasuah, SPRM Sahkan
link : Xavier Dan Thinagaran Disiasat Kes Rasuah, SPRM Sahkan

Baca juga


Xavier Dan Thinagaran Disiasat Kes Rasuah, SPRM Sahkan


PUTRAJAYA 24 Feb. – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki mengesahkan siasatan telah dibuka pihaknya terhadap Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Thinagaran dan bekas menteri yang juga Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar terhadap kes rasuah.

“Terserah kepada mereka untuk bercakap apa sahaja tetapi saya mengesahkan ada siasatan terhadap kedua-duanya,” kata beliau dalam sesi dialog Program Lucheon Talk Ketua Pesuruhjaya SPRM bersama Pengarang Media Bahasa Melayu di Ibu Pejabat SPRM di sini tengah hari ini.

Baru-baru ini SPRM mengesahkan telah menahan seorang Timbalan Pengerusi sebuah parti politik yang mempunyai kaitan dengan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek di sebuah kementerian pada 2019.

Turut ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Ipoh itu ialah dua pengarah syarikat.

Dalam pada itu, SPRM telah merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM1.2 juta yang dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan pejabat proksi kepada bekas menteri dan Timbalan Pengerusi tersebut.

Turut dirampas ialah sebuah kereta mewah yang digunakan oleh bekas menteri tersebut sebagai kenderaan rasmi dan dipercayai milik salah seorang pengarah syarikat yang diluluskan projek berkenaan.

Setakat ini, beberapa akaun syarikat dan individu berjumlah RM77 juta juga telah dibekukan untuk tujuan siasatan.

Sumber: Utusan
 



Demikianlah Artikel Xavier Dan Thinagaran Disiasat Kes Rasuah, SPRM Sahkan

Sekianlah artikel Xavier Dan Thinagaran Disiasat Kes Rasuah, SPRM Sahkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Xavier Dan Thinagaran Disiasat Kes Rasuah, SPRM Sahkan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/xavier-dan-thinagaran-disiasat-kes.html

Subscribe to receive free email updates: