Zahid Dedah Kerajaan PN Terbentuk Dengan Majoriti Satu Undi

Zahid Dedah Kerajaan PN Terbentuk Dengan Majoriti Satu Undi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Dedah Kerajaan PN Terbentuk Dengan Majoriti Satu Undi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Dedah Kerajaan PN Terbentuk Dengan Majoriti Satu Undi
link : Zahid Dedah Kerajaan PN Terbentuk Dengan Majoriti Satu Undi

Baca juga


Zahid Dedah Kerajaan PN Terbentuk Dengan Majoriti Satu Undi


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanyalah berdasarkan jumlah majoriti satu undi sahaja.

Presiden UMNO itu berkata, ketika pembentukannya, kerajaan PN hanya didokong seramai 113 orang ahli Parlimen.

Menurutnya, untuk membentuk kerajaan, ia memerlukan sekurang-kurangnya 112 ahli Parlimen.

“Ertinya kelebihan satu kerusi manakala seorang ahli Parlimen daripada UMNO iaitu ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah menandatangani sebarang akujanji untuk memberikan sokongan kepada Perdana Menteri sekarang,” katanya menerusi satu wawancara hati ke hati bersama Presiden UMNO yang disiarkan di Malaysiapost pada Ahad.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjelaskan, dalam pembentukan itu juga, seramai 43 ahli Parlimen dari UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta 18 ahli Parlimen Pas telah sepakat untuk mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meninggalkan Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri.

“(Ini) disertai oleh penghijrah-penghijrah politik seramai 15 orang daripada UMNO serta muhajirin daripada sebuah parti yang dahulunya dalam PH yang akhirnya dengan dokongan 61 ahli Parlimen dari Muafakat Nasional telah dapat membentuk kerajaan ada sekarang ini,” katanya.

Ahmad Zahid menyatakan rakyat seharusnya mengetahui bagaimana pengorbanan UMNO dan BN dalam mewujudkan kerajaan yang ada sekarang ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengulas mengenai kenyataan dibuat sesetengah pihak bahawa UMNO dan BN seharusnya bersyukur dan berterima kasih dengan penyertaan parti itu di dalam kerajaan yang ada sekarang.

“Dengan 43 sokongan ini tentunya kita harus mengetahui siapa yang patut bersyukur, siapa yang patut berterima kasih dengan pembentukan kerajaan yang ada sekarang,” katanya.

Sumber: Sinar


Demikianlah Artikel Zahid Dedah Kerajaan PN Terbentuk Dengan Majoriti Satu Undi

Sekianlah artikel Zahid Dedah Kerajaan PN Terbentuk Dengan Majoriti Satu Undi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid Dedah Kerajaan PN Terbentuk Dengan Majoriti Satu Undi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/zahid-dedah-kerajaan-pn-terbentuk.html

Subscribe to receive free email updates: