Campur Tangan Politik Sebabkan Situasi Pendemik Meruncing?

Campur Tangan Politik Sebabkan Situasi Pendemik Meruncing? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Campur Tangan Politik Sebabkan Situasi Pendemik Meruncing?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Campur Tangan Politik Sebabkan Situasi Pendemik Meruncing?
link : Campur Tangan Politik Sebabkan Situasi Pendemik Meruncing?

Baca juga


Campur Tangan Politik Sebabkan Situasi Pendemik Meruncing?

 

KUALA LUMPUR: Masalah yang dihadapi tatkala negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19 hari ini, bukan hanya berpunca daripada kekurangan dari sudut kepimpinan kerajaan, tetapi juga melibatkan sistem secara keseluruhannya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak berpendapat, Malaysia menangani krisis kesihatan ini dengan baik di peringkat awal, namun campur tangan politik menjadi punca situasi meruncing.


"Di peringkat awal Malaysia melakukannya dengan betul apabila membiarkan pakar menjadi ketua. Semasa mereka yang profesional mengetuai, kita lihat angka jangkitan terkawal.

"Masalah bermula apabila politik mengambil alih, iaitu bermula dengan pilihan raya negeri Sabah, angka jangkitan semakin teruk.

"Krisis kita sekarang adalah pada sistem, bukan sekadar isu kepimpinan sahaja. Saya fikir dalam sistem kita, pemimpin yang baik pun akan terganggu dengan sistem yang ada.

"Saya pernah menulis berkenaan bagaimana Malaysia sebenarnya diterajui oleh 'three headed monster', iaitu politik wang, politik identiti dan 'concentrational power'. Tiga elemen ini mengganggu pemikiran pemimpin kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sesi webinar Leaders Speakeasy, pada Selasa.

Lazada Malaysia

Dalam sesi yang berlangsung selama sejam itu, Nazir turut mengimbas kembali bagaimana kebimbangan terhadap legasi Tun Razak menjadi faktor utama yang membawanya terbabit dalam aspirasi pembinaan semula negara atau 'nation building'.

"Semuanya bermula pada 2015, terutama apabila timbul isu berkaitan 1MDB, saya mula merasakan ada yang tidak betul dalam sistem kepimpinan kita.

"Sejak itu saya memulakan kempen untuk Malaysia 'reset' atau bermula kembali, saya mula bercakap tentang perlunya ada majlis penasihat seperti pada tahun 1970 kerana terlalu banyak kerosakan yang memerlukan baik pulih secara keseluruhan," tambahnya lapor AstroAwani



..... Pendek kata.. boleh dikatakan apa saja yang ada dalam negara kita ini.. bila Ahli Politik campur tangan.. hasilnya melingkup...

Allah S.W.T. berfirman "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh." (QS Al-Ahzab: 72).

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam (SAW): "Jika amanah telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya: 'Bagaimana maksud amanah disia-siakan?' Nabi menjawab: "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu." (HR Al-Bukhari)

Sungguh benarlah ucapan Rasulullah SAW di atas. "Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Amanah yang paling pertama dan utama bagi manusia ialah amanah ketaatan kepada Allah, pencipta, pemilik, pemelihara dan penguasa alam semesta dengan segenap isinya....


Demikianlah Artikel Campur Tangan Politik Sebabkan Situasi Pendemik Meruncing?

Sekianlah artikel Campur Tangan Politik Sebabkan Situasi Pendemik Meruncing? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Campur Tangan Politik Sebabkan Situasi Pendemik Meruncing? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/campur-tangan-politik-sebabkan-situasi.html

Subscribe to receive free email updates: