Datuk Seri Ditahan Disyaki Terima Rasuah RM300,000

Datuk Seri Ditahan Disyaki Terima Rasuah RM300,000 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Seri Ditahan Disyaki Terima Rasuah RM300,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Seri Ditahan Disyaki Terima Rasuah RM300,000
link : Datuk Seri Ditahan Disyaki Terima Rasuah RM300,000

Baca juga


Datuk Seri Ditahan Disyaki Terima Rasuah RM300,000

 


SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima rasuah RM300,000 bagi membantu melepaskan 22 warga China di depoh Imigresen, tahun lalu.

Turut direman dalam jumlah hari sama adalah seorang wanita yang bertugas sebagai ‘runner’ kepada Datuk Seri tersebut. Kedua-dua mereka berusia 41 dan 44 tahun.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil dengan suspek lelaki diwakili Peguam Manjet Singh sementara runner wanita itu tidak diwakili peguam.

Terdahulu, lelaki yang bergelar Datuk Seri dan runner wanita itu hadir kira-kira pukul 10.30 pagi dengan memakai lokap SPRM dan dikawal pegawai penguat kuasa itu.

Menurut sumber, ahli perniagaan berasal dari Selangor itu ditahan pukul 8 malam tadi di Pejabat SPRM Selangor.

Katanya, lelaki itu dipercayai membeli gelaran tersebut daripada sebuah negeri demi kepentingan perniagaannya.

“Suspek dikatakan membeli gelaran itu dalam memudahkan mendapatkan keyakinan orang ramai ketika menjalankan aktiviti perniagaannya termasuk syarikat perundingan.

“Dia meminta rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu dengan mendakwa dapat membantu melepaskan 22 warga China yang ditangkap disyaki terlibat dalam sindiket judi online dan macau scam,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Kata sumber itu, kesemua warga China itu ditahan dalam satu operasi dilakukan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) sekitar Selangor pada September tahun lalu.

Sumber sama turut memaklumkan, ‘Datuk Seri’ itu telah bekerjasama dengan seorang wanita yang merupakan ejen pekerja asing sebagai runner bagi menyelesaikan tugas ‘pembebasan’ 22 warga China itu. -K!ONLINE


Demikianlah Artikel Datuk Seri Ditahan Disyaki Terima Rasuah RM300,000

Sekianlah artikel Datuk Seri Ditahan Disyaki Terima Rasuah RM300,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Seri Ditahan Disyaki Terima Rasuah RM300,000 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/datuk-seri-ditahan-disyaki-terima.html

Subscribe to receive free email updates: