Inilah Hasil Kerja Najib Tun Razak..

Inilah Hasil Kerja Najib Tun Razak.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Inilah Hasil Kerja Najib Tun Razak.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Inilah Hasil Kerja Najib Tun Razak..
link : Inilah Hasil Kerja Najib Tun Razak..

Baca juga


Inilah Hasil Kerja Najib Tun Razak..


"Saya baca ramai yang i-happy hari ini tapi ramai juga yang i-kecewa. Walaupun ketua kerajaan beritahu saya bahawa skim i-Sinar sudah elok dan suruh saya henti tekan kerajaan untuk hal ini, saya tetap mahu kerajaan hapuskan segala syarat pengeluaran dengan segera.

"Buatlah macam i-Lestari. Siapa yang rasa mereka ada keperluan, biarlah mereka keluarkan sedikit duit jika mereka masih ada baki dalam akaun. Bukan nak keluarkan semua pun. Cuma sehingga RM10,000 sahaja," katanya dalam statusnya di laman Facebook Januari yang lalu..


PETALING JAYA: Selepas keraja­an membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa syarat menerusi skim i-Sinar mulai semalam, pejabat KWSP diserbu pencarum yang berlumba-lumba mahu mengeluarkan wang masing-masing.

Situasi tersebut mengambar­kan pencarum me­ngambil kesempatan daripada kelonggaran yang diberikan untuk mengeluarkan wang simpanan hari tua tanpa berfikir panjang, walaupun terdapat da­lam kalangan mereka tidak terdesak akibat pandemik Covid-19.

Malah, ada sebahagian daripada pemohon menyifatkan ia sebagai ‘durian runtuh’ walaupun simpanan mereka itu sepatutnya digunakan untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat ter­kesan dengan Covid-19.

Namun majoriti mengeluarkan simpanan itu demi kelangsungan hidup terutama bagi menampung keperluan keluarga setelah kehilangan pendapatan disebabkan Covid-19 terutama.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pekerja swasta, Albukhari Asnan, 34 berkata, dia mahu menggunakan pengeluaran wang berkenaan bagi membeli barangan peribadi.

“Saya mahu berbelanja. Lagipun saya tidak keluarkan jumlah maksimum. Saya hanya keluarkan dalam RM3,000 sahaja.

“Saya tahu duit berkenaan (KWSP) penting untuk simpanan hari tua nanti. Tetapi, saya tetap mahu keluarkan sedikit kerana saya tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. Mungkin saya sendiri tidak sempat nak gunakan duit itu nanti?” katanya dihubungi semalam.

Munira Sejahan, 30, dia membuat permohonan tersebut untuk memenuhi keperluan selepas diberhentikan kerja sebagai pramugari sejak setahun lalu.

“Saya memang perlukan duit itu dan bersyukur permohonan dipermudahkan.

“Bagi saya, apa yang penting orang ramai perlu bijak menggunakan wang tersebut. Jangan hanya kerana untuk membeli barangan peribadi semata-mata. Jika tidak ada keperluan lebih baik simpan untuk kegunaan ketika persaraan,” katanya.

Seorang pekerja sementara yang hanya mahu dikenali sebagai Hambali, 38 berkata, dia terpaksa menggunakan wang itu untuk membeli keperluan harian keluarganya.

“Sementara menanti kerja tetap, saya boleh gunakan duit ini untuk tampung sekiranya ada keperluan tidak cukup.

“Mujur isteri bekerja. Jadi duit ini merupakan penyelamat,” jelasnya.

Dalam pada itu, pakar-pakar ekonomi berpendapat, kemudahan diberikan kerajaan tersebut, sepatutnya untuk keperluan kumpulan B40 atau mereka yang benar-benar memerlukan dan sedang bergelut meneruskan kelangsungan hidup.

Pakar ekonomi yang juga Felo Akademi Sains Malaysia, Dr. Madeline Berma berkata, tindakan pencarum KWSP yang mahu menggunakan wang simpanan tersebut kurang wajar terutama bagi mereka yang tidak terkesan dengan wabak Covid-19.

“Saya mencadangkan supaya pencarum mengeluarkan caruman Akaun 1 hanya sebagai pilihan terakhir. Ia bukan geran atau bantuan kerajaan tetapi simpanan untuk persaraan.

“Asal boleh keluar dan boleh pegang duit, mereka akan berbuat demikian,” kata Madeline ketika dihubungi semalam.

Berikutan itu, Madeline berkata, pencarum yang memilih menggeluarkan wang KWSP perlu bijak menggunakan wang tersebut agar ia tidak sia-sia.

“Apabila keupayaan me­ngurus wang itu rendah, tujuan produktiviti akan bermasalah. Inilah yang dikatakan immediate consumption sebab mereka mengutamakan wang dalam kadar segera akibat desakan hidup tanpa memikirkan apa yang berlaku dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pula berpendapat, kehabisan wang simpanan dikenal pasti sebagai punca orang ramai mahu membuat permohonan baharu i-Sinar sehingga laman webnya tergendala, malah, media sosial rasmi KWSP turut diserang netizen sejak semalam.

Katanya, walaupun kebanyakan sektor ekonomi negara telah dibuka tetapi fenomena i-Sinar menunjukkan bahawa masih ramai orang yang ter­desak memerlukan wang.

Malah katanya, disebabkan i-Sinar kali ini boleh dimohon tanpa syarat, orang ramai melihat ia sebagai satu jalan untuk keluar daripada kesempitan hidup.

“Satu perkara yang bagus apabila i-Sinar dapat dimohon tanpa syarat tetapi hakikatnya masih ramai yang memerlukan duit ketika ini. Statistik sebelum ini pun menunjukkan ramai yang sudah kehabisan wang simpanan. Ada yang mempunyai simpanan untuk tiga bulan, ada yang enam bulan sahaja,” katanya.

Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM) berpendapat, pakej rangsangan ekonomi ternyata tidak mencukupi untuk membantu semua golongan yang terkesan.

“Beberapa bantuan seperti subsidi upah hanya diberikan dalam tempoh singkat manakala Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) hanya bersifat one-off, sudah tentu ada yang tidak cukup sumber pendapatan,” katanya.

Pada masa sama, Razman menganggap jumlah pinjaman tak berbayar (NPL) juga menjadi bukti orang ramai kehabisan wang.

“Statistik pada Disember 2020 menunjukkan NPL paling tinggi dalam tempoh beberapa bulan, membuktikan ramai yang sudah tidak mampu untuk membayar komitmen masing-masing. Kalau buat penstrukturan semula sekali pun, masalah kehabisan wang akan tetap berlaku,” katanya. – UTUSAN

Suka atau tidak kita perlu akui sejak dari beliau dijatuhkan dari tampuk kuasa, dari Perdana Menteri menjadi Ahli Parlimen biasa.. banyak isu yang diperjuangkan oleh Najib adalah isu yang berkaitan dengan rakyat..

Mungkin kejatuhan itu telah menyedarkan dirinya akan siapa yang sebenarnya menetukan kuasa dipegang oleh siapa..

Maka tak hairanlah kalau kita lihat populariti Najib jauh lebih baik berbanding semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu..

Dan beliau berjaya menyembunyikan keinginannya untuk kembali berkuasa..


Demikianlah Artikel Inilah Hasil Kerja Najib Tun Razak..

Sekianlah artikel Inilah Hasil Kerja Najib Tun Razak.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Inilah Hasil Kerja Najib Tun Razak.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/inilah-hasil-kerja-najib-tun-razak.html

Subscribe to receive free email updates: