Dikompaun RM50,000 Kerana Ada Yang Dengki Rupanya..

Dikompaun RM50,000 Kerana Ada Yang Dengki Rupanya.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dikompaun RM50,000 Kerana Ada Yang Dengki Rupanya.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dikompaun RM50,000 Kerana Ada Yang Dengki Rupanya..
link : Dikompaun RM50,000 Kerana Ada Yang Dengki Rupanya..

Baca juga


Dikompaun RM50,000 Kerana Ada Yang Dengki Rupanya..



“TIDAK adil kami dikenakan kompaun dalam jumlah yang begitu besar, kami bukan pemilik restoran tapi hanya berniaga depan tangga rumah”..

Demikian luahan penuh kecew4 Nor Laili Shafii, selepas gerai burger yang diusahakan bersama suami, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, dikenakan kompaun oleh pihak polis gara-gara beroperasi melebihi had masa ditetapkan.


Bercerita kepada mStar, Nor Laili berkata gerai mereka yang terletak di hadapan rumah di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu didatangi anggota polis yang menaiki sebuah kereta pada kira-kira pukul 11 malam Ahad.

“Masa itu saya dan suami sedang menyiapkan tempahan burger pelanggan… memang tiada seorang pun pelanggan di gerai ketika itu, hanya saya dan suami serta empat pekerja.

“Anggota polis keluar daripada kereta dan bertanya kenapa tak tutup lagi? Kami jelaskan sedang siapkan pesanan pelanggan yang merupakan pekerja kilang dan akan hantar (COD). Memang tak berniaga dah masa itu.

“Mereka terus meminta kad pengenalan, kami merayu dan beritahu akan terus tutup gerai tapi nampaknya rayuan tak didengari. Mereka terus keluarkan kompaun.

“Bila tengok jumlah tu memang terkejut… biar betul. Kami hanya berniaga cari makan depan tangga rumah, dan tiada seorang pun pelanggan. Namun tanpa budi bicara, kompaun terus dikeluarkan… tiada amaran atau budi bicara,” kata wanita berusia 37 tahun ini.

Tambah wanita ini, menerusi apa yang dimaklumkan anggota polis, ada pihak lain yang membuat laporan mengenai gerainya beroperasi melebih waktu ditetapkan. Rupanya ada orang tak puas hati dengan kami..


Difahamkan, kompaun tersebut merupakan kes berulang selepas kali pertama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini apabila mereka dikenakan kompaun RM1,000.

Untuk rekod operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga pukul 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan.

“Mungkin ada yang tak puas hati dengan sambutan yang diterima gerai kami. Kami dah berniaga burger selama belasan tahun cuma hanya tahun lalu baru berniaga di depan rumah sebab PKP. Boleh dikatakan ramai yang tahu gerai Faisal Burger.

“Lagi pula ramai yang bekerja shif contohnya pekerja kilang. Waktu-waktu pukul 10 macam tu baru mereka nak cari beli makanan, dan ada juga nak beli untuk bersahur. Tapi dah ditetapkan operasi sehingga 10 malam sahaja.

“Pasal lebih masa, saya rasa banyak juga kedai yang ikut peraturan. Disebabkan itu saya rasa kalau nak adil, biarlah adil dan kuat kuasa peraturan kepada semua,” ujarnya.


Tambah Nor Laili, bisnes burger merupakan satu-satunya mata pencariannya bersama suami justeru mereka terlalu berharap agar nilai kompavn yang dikenakan agar dipertimbangkan semula.

“Bayangkan, kami hanya berniaga burger tapi begitu besar nilai kompaun yang dikenakan. Kami bukannya pemilik restoran. Namun kami anggap ini ujian Ramadan.

“Namun apapun kami bercadang untuk mengemukakan rayuan kelak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, perkongsian yang dibuat mengenai perkara berkenaan di laman Facebook menjadi tular di mana sehingga kini ia meraih 5,300 shares.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dengan nasib pasangan suami isteri berkenaan, malah ada yang turut meminta nombor akaun bagi menyalurkan sedikit sumbangan kepada mereka-msTAR




Demikianlah Artikel Dikompaun RM50,000 Kerana Ada Yang Dengki Rupanya..

Sekianlah artikel Dikompaun RM50,000 Kerana Ada Yang Dengki Rupanya.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dikompaun RM50,000 Kerana Ada Yang Dengki Rupanya.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/dikompaun-rm50000-kerana-ada-yang.html

Subscribe to receive free email updates: