2,251 Kes Dilapor, Selangor Bukan Negeri Paling Parah - Dr. Zul

2,251 Kes Dilapor, Selangor Bukan Negeri Paling Parah - Dr. Zul - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2,251 Kes Dilapor, Selangor Bukan Negeri Paling Parah - Dr. Zul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2,251 Kes Dilapor, Selangor Bukan Negeri Paling Parah - Dr. Zul
link : 2,251 Kes Dilapor, Selangor Bukan Negeri Paling Parah - Dr. Zul

Baca juga


2,251 Kes Dilapor, Selangor Bukan Negeri Paling Parah - Dr. Zul

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata dari 6,075 kes baharu Covid-19 yang direkod hari ini Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 2,251 kes.

Ia disusuli Johor dengan 699 kes, Kuala Lumpur (660), Kedah (445), Kelantan (441), Sarawak (323), Perak (220), Terengganu (203), Negeri Sembilan (189), Pulau Pinang (183), Sabah (160), Pahang (150), Melaka (122), Labuan (14), Putrajaya (9) dan Perlis (6).


Namun begitu Pengerusi Selangor Task Force Covid-19, Dr Dzulkefly Ahmad, ketika menafikan dakwaan kerajaan negeri gagal membendung peningkatan penularan Covid-19 berkata, Selangor masih merekodkan kadar kebolehjangkitan (Rt) rendah iaitu 1.14 berbanding enam negeri lain seperti Pahang dan Kedah.

“Selain angka yang tinggi ketika ini, Selangor tidak boleh dikatakan negeri paling parah. Rakyat kita seramai tujuh juta dan jika termasuk Kuala Lumpur lebih lapan juta. KKM perlu tengok dari segi nisbah jangkitan kepada jumlah penduduk.

Pengerusi Selangor Task Force Covid-19, Dr Dzulkefly Ahmad, ketika menafikan dakwaan kerajaan negeri gagal membendung peningkatan penularan Covid-19 berkata, Selangor masih merekodkan kadar kebolehjangkitan (Rt) rendah iaitu 1.14 berbanding enam negeri lain seperti Pahang dan Kedah.


Bekas Menteri Kesihatan itu mendakwa, Pahang merekodkan Rt tertinggi iaitu 1.26 diikuti Kedah (1.24), Perak (1.22), Terengganu (1.20), Putrajaya dan Negeri Sembilan (1.16).

“Angka akan tetap tinggi tetapi adakah kita terbeban secara teruk sehingga kita mahu laksanakan PKP menyeluruh? Kita menolak keperluan itu tetapi perlu ada usaha untuk meminimumkan kesan terhadap rakyat yang terbeban ketika ini.

“Jangan jadikan ‘lock down’ jalan mudah kerana kegagalan kita urus PKP 2.0 contohnya. Kematian juga semakin hari semakin tinggi mencanak,” katanya sambil menambah sektor perkhidmatan kesihatan negeri masih lagi mampu menampung jumlah pesakit ketika ini dengan menambah jumlah katil ICU dan ventilator.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas Covid-19 Negeri Selangor yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Dalam pada itu, Dzulkefly mahu PKP bersasar dengan SOP yang lebih efektif dan berkesan dilaksanakan di Selangor.

“Kita tidak boleh duduk saja dalam tempoh PKP, perlu ada peningkatan dari segi tindakan.

“Selain angka yang tinggi ketika ini, Selangor tidak boleh dikatakan negeri paling parah. Rakyat kita seramai tujuh juta dan jika termasuk Kuala Lumpur lebih lapan juta. KKM perlu tengok dari segi nisbah jangkitan kepada jumlah penduduk.

“Jika PKP penuh, Selangor akan jadi mangsa dari segi industri dan aktiviti penduduk. Ini tidak adil,” katanya ~ FMT

Hmm.. dah 2,251 kes dilaporkan hari ini, masih dianggap tidak terlalu teruk? jadi yang dimaksudkan dengan teruk itu berapa puluh ribu kes agaknya?

Cuba baca apa kritikan netizen terhadap kenyataan Dr. Zul itu di SINI


Tapi... kalau PKP menyeluruh di Selangor sahaja kerajaan akan kerugian RM600 juta sehari, jumlahnya bakal meningkat memandangkan penguatkuasaannya dijangka mempengaruhi Kuala Lumpur dan seluruh Lembah Klang..

PETALING JAYA: Malaysia perlu bersedia menghadapi kerugian lebih RM1 bilion sehari sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh dilaksanakan di Selangor yang merupakan penyumbang Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) terbesar negara.

Malah, PKP menyeluruh di Selangor sahaja akan menyebabkan kerajaan kerugian RM600 juta sehari, bagaimanapun jumlahnya bakal meningkat memandangkan penguatkuasaannya dijangka mempengaruhi Kuala Lumpur dan seluruh Lembah Klang.

Jumlah itu unjuran daripada sumbangan sebanyak 24 peratus Selangor kepada negara serta kawasan terimpak seperti Kuala Lumpur yang turut menyumbang 16 peratus kepada KDNK bagi tahun 2019.

Malah, pelaksanaan PKP yang lebih ketat itu juga akan memberi kesan kepada rantaian bekalan yang melibatkan negeri berhampiran seperti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Perak.


Justeru, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perniagaan Putra (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, menjangkakan negara akan kembali mengalami kemerosotan KDNK daripada -0.5 peratus pada suku tahun pertama 2021 kepada -1.0 hingga -2.0 peratus bagi suku kedua.

“Jadi, memang impaknya amat negatif, kita tahulah kalau Selangor ini dikuatkuasakan PKP secara menyeluruh, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya turut akan terjejas. Secara ringkas, PKP di Selangor juga mungkin mendatangkan kerugian secara domino terhadap negeri-negeri lain.

“Kerugian yang dimaksudkan adalah, pertama dari segi ekonomi tempatan. Maknanya aktiviti jual beli dalam sektor tersebut terkesan teruk, ini kerana ramai penduduk di Selangor terlibat dalam ekonomi runcit,” katanya dihubungi Utusan Malaysia


Bukan mudah sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor ini hendak memilih antara nak jaga ekonomi atau nak jaga kesihatan rakyat..

Kedua-duanya berkait rapat, ekonomi yang terjejas akan menjejaskan rakyat.. Rakyat yang terjejas kerana COVID-19 pula akan menjejaskan ekonomi..

Dah sakit.. nak buat kerja lagu mana? 




Demikianlah Artikel 2,251 Kes Dilapor, Selangor Bukan Negeri Paling Parah - Dr. Zul

Sekianlah artikel 2,251 Kes Dilapor, Selangor Bukan Negeri Paling Parah - Dr. Zul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2,251 Kes Dilapor, Selangor Bukan Negeri Paling Parah - Dr. Zul dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/2251-kes-dilapor-selangor-bukan-negeri.html

Subscribe to receive free email updates: