Bendera Putih: Rakyat Tolong Rakyat Bila Wakil Rakyat Tak Boleh Diharap

Bendera Putih: Rakyat Tolong Rakyat Bila Wakil Rakyat Tak Boleh Diharap - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bendera Putih: Rakyat Tolong Rakyat Bila Wakil Rakyat Tak Boleh Diharap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bendera Putih: Rakyat Tolong Rakyat Bila Wakil Rakyat Tak Boleh Diharap
link : Bendera Putih: Rakyat Tolong Rakyat Bila Wakil Rakyat Tak Boleh Diharap

Baca juga


Bendera Putih: Rakyat Tolong Rakyat Bila Wakil Rakyat Tak Boleh Diharap

INGATKAH kita tentang kisah Khalifah Umar Abdul Aziz, seorang pemimpin yang mengenyangkan perut dan mengayakan rakyatnya? Membaca sejarahnya, tentu sesiapa pun mendambakan pemimpin sedemikian untuk negara Malaysia yang kita cintai ini.

Seorang gabenor ketika pemerintahan Umar Abd Aziz, Yahya bin Said menceritakan pengalamannya.

“Umar bin Abdul Aziz telah mengutusku ke sebuah tempat di Afrika Utara untuk membahagikan dana zakat. Lalu ku cari fakir miskin di sana tetapi tiada seorang pun yang layak digelar fakir miskin. Khalifah Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya!”

Hingga akhirnya, zakat itu beliau putuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya.

Dalam kisah yang lain, pemimpin Bani Abbasiyyah mengatakan: “Kami dapat menandingi kerajaan Bani Umaiyyah dalam semua keadaan kecuali empat perkara dan salah satunya ialah tiada orang seperti Umar bin Abdul Aziz daripada kalangan kami buat selama-lamanya.”

Keamanan dan kemakmuran yang dinikmati pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz ini tentunya disebabkan sifat qanaah yang dimiliki oleh rakyat dan pemimpinnya.

Selain sifat qanaah, seorang Umar ini turut melakukan pengislahan sehingga rakyatnya berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT berbanding hal keduniaan.

Itulah sebuah gambaran indah yang kita semua inginkan dalam sebuah pemerintahan yang adil dan saksama sebagaimana Allah dan Rasul-Nya inginkan.

Kita teruskan berdoa agar Allah hadirkan segera pemimpin seperti itu.

Bukan tanda kalah

Demi kelangsungan hidup dan ingin ‘mensifarkan’ kes tekanan perasaan dan jiwa, kemurungan apatah lagi bunuh diri, inisiatif hebat yang digerakkan rakyat untuk rakyat, dengan menyarankan supaya dikibarkan kain atau bendera putih di depan rumah.

Kempen kibar bendera putih rakyat Malaysia ini juga sebagai menterjemahkan rakyat terputus bekalan makanan serta memerlukan bantuan segera. Ia juga sebagai isyarat rakyat sudah terlalu penat dengan sikap flip-flop kerajaan kini.

Apalagi pada saat pemimpin negara seakan memekakkan telinga dan membutakan matanya daripada melayani kebajikan utama rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang dijenamakan menjadi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sedarlah wahai kerajaan, semua itu rakyat lakukan untuk menyelamatkan rakyat. Namun, kalian yang di atas seharusnya dan patut malu dengan solidariti serta kesungguhan yang rakyat lakukan ini.

Tidak terkecuali, ada yang sempat memperlekehkan tindakan yang dilakukan ini. Katanya angkat tangan berdoa, bukan angkat bendera putih.

Wahai kerajaan yang memerintah, ingatlah bagaimana kisah seorang pemimpin yang sentiasa mengenyang dan mengkayakan rakyat itu!

Beliau telah pun diberi kepercayaan memimpin umat Islam ketika usia yang muda. Umar Abdul Aziz ini merupakan seorang yang paling banyak menangis kerana takutkan balasan neraka.

Apalagi ketika beliau membaca ayat ke-12 hingga 14 surah al-Furqan yang bermaksud:

“Apabila ia (neraka) melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka mendengar suaranya yang gemuruh kerana marahnya. Dan apabila mereka dilemparkan ke tempat yang sempit di neraka dengan dibelenggu, mereka di sana berteriak mengharapkan kebinasaan. (Akan dikatakan kepada mereka), “Janganlah kamu mengharapkan pada hari ini satu kebinasaan, melainkan harapkanlah kebinasaan yang berulang-ulang.”

Sewaktu di rumah pun beliau menangis kerana takutkan api neraka. Hinggakan, anaknya, Abdul Malik datang bertanyakan kenapakah beliau menangis?

Beliau menjawab, “Duhai anakku, ayah takutkan balasan Allah seandainya ayah menjadi pemimpin yang tidak adil.”

Jika kita menyelak kembali rekod sepanjang tujuh tahun pemerintahan seorang Umar Abdul Aziz di Madinah, tidak ada langsung rungutan mahupun aduan daripada penduduk Madinah; hingga pada akhir beliau menjadi khalifah, tidak ada seorang pun yang berhak menerima zakat.

Beliau juga mengembalikan harta-harta yang dirampas oleh khalifah terdahulu kepada pemiliknya. Bahkan, beliau meminta isterinya menyerahkan barang-barang perhiasan kepada baitulmal untuk diagihkan kepada penduduk yang lebih memerlukan.

Betapa mulianya insan yang bernama Umar Abdul Aziz ini. Menggunung pengajaran yang kita boleh belajar mengenai ketokohannya.

Apakah pemimpin negara ini tiada sejentik rasa melihat keadaan rakyat yang sangat perit ini?

Islam menghargai kehidupan

Ketahuilah bahawa Islam sangat menghargai nyawa manusia sebagaimana firman Allah SWT:

“Siapa saja yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Siapa saja yang memelihara kehidupan seorang manusia, seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (Al-Maidah ayat 32)

Nabi SAW pernah bersabda, 

“Sungguh dunia ini hancur lebih ringan di sisi Allah daripada seorang Muslim yang terbunuh.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i dan Baihaqi)

Maka, penjagaan terhadap nyawa manusia yang harusnya dilakukan oleh negara ialah termasuk menjaga manusia dari hal-hal yang mengancam nyawa atau membinasakan umat manusia.⁣

Sebagai contoh, gangguan perompak, pembunuh, konflik yang mencetuskan pembunuhan, fasiliti umum (seperti jalan raya) yang rosak dan sebagainya termasuklah ancaman virus yang membahayakan nyawa manusia.

Tidak terkecuali, isu pandemik Covid-19 ini sewajarnya menjadi perkara penting yang diutamakan pemimpin negara, di tengah-tengah isu yang semakin bertambah serta angka kematian yang meningkat.

Namun, jika kerajaan sebagai pengurus rakyat dan pemegang utama sebuah negara mengabaikannya, maka bersedialah menanggung apa yang ia perbuat itu di hadapan Allah SWT.

Ayuh, selamatkan kehidupan dan negara ini!!

Oleh demikian, bersamalah kita berdoa dan berusaha untuk meneruskan kelangsungan hidup sambil menjadi manusia yang lebih prihatin terhadap lingkungan yang terdekat, mengambil peduli dan mengetahui keperluan mereka dengan gencarkan solidariti kita untuk membantu sesama.

Jika tidak dapat semua, jangan tinggalkan semua. Tebarkan kasih sayang untuk sama membantu dan peduli, agar tiada lagi rakyat yang berlapar ketika kita mampu mengisi perut dengan makanan.

Moga dengan usaha yang sedikit itu, Allah membantu kita mengembalikan kestabilan dan kemajuan negara ini di landasan yang diredai-Nya dengan kepimpinan seperti acuan Umar Abdul Aziz yang mampu mengenyangkan, mengayakan serta mendekatkan rakyatnya kepada Yang Maha Esa.

Teruskan!


Oleh Pegawai Penerangan dan Perhubungan Pertubuhan IKRAM Malaysia, Atriza Umar


Demikianlah Artikel Bendera Putih: Rakyat Tolong Rakyat Bila Wakil Rakyat Tak Boleh Diharap

Sekianlah artikel Bendera Putih: Rakyat Tolong Rakyat Bila Wakil Rakyat Tak Boleh Diharap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bendera Putih: Rakyat Tolong Rakyat Bila Wakil Rakyat Tak Boleh Diharap dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/bendera-putih-rakyat-tolong-rakyat-bila.html

Subscribe to receive free email updates: