"Saya bukan gila kuasa" Tun M Kata.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Saya bukan gila kuasa" Tun M Kata.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau bukanlah seorang yang ‘gila kuasa’, tetapi menyifatkan segala tindakannya yang masih mengambil peduli hal ehwal negara adalah semata-mata untuk terus memberi sumbangan kepada negara.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau menyedari usianya telah lanjut untuk kembali berkuasa dan hanya bertindak atas permintaan banyak pihak supaya menyumbang tenaga dan fikiran demi menyelesaikan masalah negara.
Jelas beliau, ini termasuk cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) sebagaimana dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.
“Saya dah berkuasa banyak kali dah, saya tak nak lagi dah. Tetapi ada orang minta supaya saya memberi sumbangan. Sebenanya saya sedar umur saya sudah 95 tahun. Tak lama lagi kena ‘pi lah’.
“Jadi saya nak sumbang tenaga saya, fikiran saya untuk menyelesaikan masalah negara. Bukan nak dapat apa-apa pun daripada kerja ini, kalau nak kira saya bersara pada 2003, kalau saya senyap- senyap saja saya tak akan dapat kecaman seperti sekarang ini,” katanya di sini semalam.
Dr. Mahathir berkata, beliau mengambil pendirian tidak mempedulikan segala kecaman sebaliknya akan terus memberi sumbangan untuk menyelesaikan masalah selagi difikirkan mampu berbuat demikian.
“Kalau nak tolak saya pasal kononnya nak kuasa, boleh tolak lah. Tetapi saya punya sumbangan bukan tentang kuasa, saya nak tolong negara itu saja,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menaruh harapan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bersidang semalam diberi maklumat kedua-dua pihak, bukan hanya menilai pandangan disampaikan kerajaan.
Kata beliau, berkenaan cadangan penubuhan, ia sebagai satu penyelesaian untuk menangani masalah dalam negara, bukanlah untuk menggantikan kerajaan sedia ada atau menyekat Parlimen daripada bersidang.
“Sudah tentu kerajaan menolak (penubuhan Mageran), tetapi ada yang bersetuju. Dalam kalangan parti lawan pun ada yang tidak bersetuju kerana masing-masing mengutamakan peranan mereka terutama ahli politik yang penyelesaian mereka ialah menggantikan kerajaan,” ujarnya.
Malah Al-Sultan Abdullah sebelum ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga beberapa pemimpin parti politik secara berperingkat, bagi mendapatkan pandangan mereka tentang isu-isu yang berkaitan dengan situasi negara.
Dr. Mahathir turut diterima menghadap Seri Paduka pada 10 Jun lalu dan mempersembahkan cadangan Mageran itu sebagai satu usaha menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara ekoran penularan pandemik Covid-19.
Penubuhan Mageran pada 1969 diketuai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dikatakan menyelesaikan masalah politik dihadapi pada masa itu dan negara kekal stabil untuk tempoh panjang.
Namun Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohamad tampil memberi pandangan berhubung cadangan penubuhan Mageran itu yang disifatkan bukan langkah sesuai dan tindakan terkebelakang kerana akan merencatkan perancangan kerajaan untuk memulihkan krisis kesihatan dan ekonomi ketika ini.
Jelasnya, darurat yang berkuat kuasa pada masa ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Darurat
Keselamatan pada 1969 dengan menggariskan tiga faktor yang membezakan dua keadaan itu iaitu pertama, negara tidak berhadapan dengan darurat keselamatan, tetapi darurat kesihatan.
Kedua, Kabinet sedia ada sedang berfungsi dan membuat banyak keputusan bukan sahaja mengenai pandemik Covid-19, tetapi juga mengenai pentadbiran negara, pengurusan ekonomi, kebajikan rakyat, kewangan, keselamatan, pertahanan, pendidikan, hubungan antarabangsa dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran negara secara keseluruhannya.
Ketiga, kerajaan juga telah ada beberapa mekanisme khusus untuk menangani pandemik Covid-19 ~ UM
Demikianlah Artikel "Saya bukan gila kuasa" Tun M Kata..
Sekianlah artikel "Saya bukan gila kuasa" Tun M Kata.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "Saya bukan gila kuasa" Tun M Kata.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/saya-bukan-gila-kuasa-tun-m-kata.html