DAP mungkin sokong Muhyiddin? Biaq Betoi Tajuddin Ni..

DAP mungkin sokong Muhyiddin? Biaq Betoi Tajuddin Ni.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP mungkin sokong Muhyiddin? Biaq Betoi Tajuddin Ni.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP mungkin sokong Muhyiddin? Biaq Betoi Tajuddin Ni..
link : DAP mungkin sokong Muhyiddin? Biaq Betoi Tajuddin Ni..

Baca juga


DAP mungkin sokong Muhyiddin? Biaq Betoi Tajuddin Ni..

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan besar bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menerima sokongan DAP pada saat memerlukan.

Mengulas lanjut, Tajuddin yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menjelaskan keputusan tidak dijangka itu mungkin diambil kerajaan PN dan DAP sekiranya UMNO berterusan mendesak Muhyiddin untuk meletak jawatan dalam masa terdekat.


Jelas beliau, secara logiknya kerajaan PN tidak akan menyerah kalah dengan begitu sahaja dan beliau yakin Muhyiddin akan sentiasa mempertimbangkan segala alternatif kerjasama dengan parti lain termasuk DAP bagi mengekalkan kuasa.

"Saya boleh cakap besar kemungkinan DAP akan sokong kerajaan PN kerana Muhyiddin terpaksa cari jalan lain untuk 'survive'...Takkan mereka rela mahu tumbang begitu sahaja.

"Pada saat UMNO putus menarik sokongan, PN tentunya masuh mahu berdiri tegak...Kalau sudah satu tiang seri roboh, kena cari tiang seri lain.

"Mungkin juga Muhyiddin boleh bentuk kerjasama dengan Warisan (Parti Warisan Sabah) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri. Alasan DAP boleh sokong Muhyiddin kerana mereka memang mahu melihat parti-parti Melayu di negara ini berpecah dan menjadi lemah," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tajuddin berkata demikian bagi mengulas kandungan rakaman audio tular beliau sewaktu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu minggu lalu yang menyatakan kemungkinan kerajaan PN akan mendapat sokongan DAP sewaktu usul pengundian di Parlimen kelak.

Luahan kebimbangan Tajuddin itu tercetus susulan beliau mempersoalkan apakah strategi muktamad UMNO untuk membentuk kerajaan baharu sekiranya parti itu berjaya menumbangkan kerajaan PN pada usul pengundian sidang Parlimen akan datang.

Pandangan Tajuddin itu turut diakui seorang ahli Parlimen UMNO yang mendakwa satu perjanjian kepercayaan dan perbekalan (confidence and supply agreement) atau lebih dikenali CSA sedang dirundingkan di antara kerajaan PN dan DAP ketika ini.

Jelas sumber enggan dinamakan itu, perjanjian CSA berkenaan membolehkan DAP menyatakan sokongan terhadap sebarang usul pengundian dikemukakan dalam sidang Parlimen termasuk usul undi percaya kepimpinan Muhyiddin.

"Sebagai timbal balas, kerajaan akan memberikan peruntukan tahunan sewajarnya kepada ahli-ahli Parlimen DAP dengan beberapa pemimpin parti pembangkang itu mungkin dilantik untuk menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa penting di peringkat Parlimen dan kementerian.

"Melalui perjanjian ini, DAP masih kekal dalam komposisi pembangkang dan tidak sesekali menyertai kerajaan PN sebagai rakan koalisi...cuma mereka berpandangan sebarang tindakan menukar kerajaan pada saat kritikal ini tidak sesuai.

"Secara tersirat, perjanjian ini dibuat susulan sebilangan besar pemimpin DAP dikatakan tidak bersetuju dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bekerjasama dengan UMNO untuk menumbangkan kerajaan pada saat rakyat bergelut mendepani krisis Covid-19 dan sukar mencari makan," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof turut berkongsi pandangan sama dengan Tajuddin dan menyifatkan sebarang tindakan menukar kerajaan oleh mana-mana parti pembangkang pada saat genting ini adalah perbuatan kurang cerdik.

Tambah Ahli Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, meskipun ada dakwaan DAP akan bersikap berkecuali terhadap sebarang usaha menjatuhkan kerajaan PN, secara logiknya tanpa sebarang perjanjian CSA sekali pun, tindakan itu adalah perkara sepatutnya dilakukan bagi mengelakkan kemarahan rakyat.

"Kalau kata ada perjanjian CSA dengan DAP, saya tidak pasti...tetapi logiknya pada saat negara bergelut menangani krisis Covid-19, langkah pembangkang untuk bersolidariti dengan kerajaan bagi menyelamatkan rakyat yang terkesan dan susah amat penting.

"Saya difahamkan isu rundingan CSA dengan pembangkang timbul sejak bulan Oktober tahun lalu. Saya tidak tahu apa bentuknya, namun terpulanglah kepada pembangkang untuk merealisasikannya kerana semua ahli Parlimen ada kepandaian masing-masing untuk muhasabah segala usul dibentangkan kerajaan dalam sidang Parlimen.

"Kalau ada usul yang perlu penambahbaikan, kerajaan sedia untuk tambah baik demi kesejahteraan rakyat. Justeru, ruang perbahasan sewaktu sidang Parlimen amat mustahak untuk dijadikan asas perjanjian CSA antara dua pihak kelak," katanya lapor Sinar Harian


Bagaimanapun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan parti itu akan menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam undi percaya seperti didakwa seorang pemimpin Umno sebelum ini.

Lim berkata, DAP dan “keseluruhan blok pembangkang” mendesak perdana menteri meletak jawatan kerana kehilangan sokongan majoriti susulan keputusan Umno menarik balik sokongannya.

Dakwaan Tajuddin adalah satu “penipuan”, kata Lim, yang meminta beliau menunjukkan bukti kerjasama dengan Muhyiddin seperti didakwanya, selain CSA itu.

“Seperti biasa, ini penipuan oleh Tajuddin, satu lagi cerita palsu. Saya tak pernah bertemu PM sejak beliau menyandang jawatan itu.

Laporan penuh sila baca di SINI


Demikianlah Artikel DAP mungkin sokong Muhyiddin? Biaq Betoi Tajuddin Ni..

Sekianlah artikel DAP mungkin sokong Muhyiddin? Biaq Betoi Tajuddin Ni.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP mungkin sokong Muhyiddin? Biaq Betoi Tajuddin Ni.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/dap-mungkin-sokong-muhyiddin-biaq-betoi.html

Subscribe to receive free email updates: