Datuk Seri Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Ah Long

Datuk Seri Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Ah Long - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Seri Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Ah Long, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Seri Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Ah Long
link : Datuk Seri Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Ah Long

Baca juga


Datuk Seri Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Ah Long


GEORGETOWN: Seramai 20 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pinjaman wang tanpa lesen dengan mengenakan faedah pinjaman yang tinggi di negeri ini. 

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua tangkapan itu terdiri daripada dua kumpulan dan seorang individu yang aktif menawarkan pinjaman wang tanpa lesen kepada orang ramai.


Menurut beliau, suspek yang berusia antara 21 hingga 59 tahun itu ditahan di sekitar negeri ini pada 7 Julai lalu antara pukul 6 pagi hingga 5 petang.

“Siasatan awal mendapati Datuk Seri berusia 59 tahun merupakan dalang utama kumpulan pertama yang ditahan dan ahli kongsi gelap terbesar di negeri ini iaitu daripada Geng 24.

“Polis menahan 15 ahli kumpulan ini yang aktif menjalankan kegiatan pinjaman dengan faedah tinggi serta jenayah lain seperti perjudian, dadah, pelacuran dan pemerasan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini semalam.

Menurut beliau, orang ramai yang meminjam dengan kumpulan yang diketuai Datuk Seri itu akan dikenakan faedah yang tinggi antara 30 hingga 50 peratus sebulan.

Jika peminjam gagal melunaskan hutang katanya, ahli kumpulan tersebut akan mengugut dan mencederakan mereka malah kumpulan itu juga dipercayai mempunyai senjata api dan senjata tajam untuk tujuan peras ugut.

Mohd Shuhaily menambah, kumpulan itu mampu memperoleh keuntungan sehingga RM500,000 setiap bulan dengan menjalankan aktiviti pinjaman wang tidak berlesen tersebut.

“Antara peminjam yang berurusan dengan sindiket ini ialah pemilik kedai, pemilik kilang, pekerja swasta dan peniaga kecil,” katanya.

Dalam pada itu katanya, polis turut menahan kumpulan kedua yang dikenali Kumpulan Wong terdiri daripada empat orang dan diketuai lelaki berusia 25 tahun manakala tangkapan terakhir adalah seorang lelaki yang bergerak sendiri berusia 36 tahun.

Sementara itu tambah beliau, polis turut merampas 11 buah kenderaan mewah antaranya jenis Toyota Vellfire, BMW, Mercedes Benz dan Honda daripada sindiket terbabit.

“Turut dirampas sebanyak 36 buah telefon bimbit, 64 keping kad bank, 22 set kad perniagaan, wang tunai berjumlah RM24,520, sembilan utas jam tangan dan tujuh unit barang kemas.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Demikianlah Artikel Datuk Seri Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Ah Long

Sekianlah artikel Datuk Seri Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Ah Long kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Seri Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Ah Long dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/datuk-seri-ditahan-disyaki-terlibat.html

Subscribe to receive free email updates: