Keluar PN, Setelah Zahid Gagal Pujuk Secara Bersemuka...

Keluar PN, Setelah Zahid Gagal Pujuk Secara Bersemuka... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluar PN, Setelah Zahid Gagal Pujuk Secara Bersemuka..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluar PN, Setelah Zahid Gagal Pujuk Secara Bersemuka...
link : Keluar PN, Setelah Zahid Gagal Pujuk Secara Bersemuka...

Baca juga


Keluar PN, Setelah Zahid Gagal Pujuk Secara Bersemuka...

Menurut laporan dari Astro Awani, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadualkan mengadakan mesyuarat pada Rabu ketika khabar angin parti itu mahu meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin kuat bertiup.

Mesyuarat yang akan diadakan secara maya itu dijangka memberi tumpuan kepada usaha-usaha membawa keluar UMNO dari PN bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dibentuk.

Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  

Sebelum ini dilaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan Ahli MKT UMNO bagi mendapatkan sokongan untuk keluar dari kerajaan sedia ada.

Zahid dilaporkan bertemu seorang demi seorang dengan Ahli MKT UMNO minggu lalu bagi mendapatkan tanda tangan surat menyokong keputusan meninggalkan PN secepat mungkin.

Malam tadi, Zahid telah mengadakan pertemuan dengan 37 Ahli Parlimen UMNO bagi memujuk mereka meninggalkan PN namun usahanya dilaporkan menemui kegagalan.

Pertemuan yang berlangsung di Wisma Perwira itu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan,

SuaraTV melaporkan 31 dari 38 Ahli Parlimen UMNO sebaliknya menasihatkan Zahid agar menghentikan sebarang usaha memaksa mereka keluar dari kerajaan sebelum masa yang sesuai untuk Pilihan Raya Umum (PRU).

Berikut adalah laporannya:-


KUALA LUMPUR – Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mahu beliau menghentikan sebarang usaha memaksa mereka keluar dari kerajaan sebelum masa yang sesuai untuk Pilihan Raya Umum (PRU).

Dalam pertemuan semalam yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, kumpulan 35 ini memaklumkan mereka tidak akan meninggalkan kerajaan sebelum waktu yang sesuai untuk pembubaran Parlimen.

Salah seorang Ahli Parlimen yang bercakap menyifatkan sebarang usaha mewujudkan ketidakstabilan politik ketika ini akan menimbulkan kemarahan rakyat, dan mahukan perkara ini disampaikan kepada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Julai 2021 nanti.

“Jika kita keluar kerajaan, kemungkinan kerajaan ini akan jatuh. Apa selepas itu? Mengadakan PRU sebelum kekebalan kelompok dicapai adalah sesutu kerja gila. Lebih gila keluar kerajaan menjadi second fiddle kepada Anwar Ibrahim.”

Manakala seorang lagi Ahi Parlimen UMNO dari utara tanah air memberitahu Ahmad Zahid, bahawa usaha membawa keluar UMNO dari kerajaan ketika pandemik ini satu kerja menyusahkan semua orang dan hanya berkepentingan sendiri.

“Kita bertungkus lumus membantu rakyat bagi menyelesaikan masalah Covid-19 ini. Namun ada pimpinan tertinggi parti bertungkus-lumus merosakkan semua usaha ini. Apa sebenarnya perjuangan kita?”

Dalam perjumpaan tersebut juga salah seorang Pemimpin kanan UMNO memaklumkan kepada Presiden dan Timbalan Presiden bahawa 35 Ahli Parlimen BN telah sebulat suara mahu salah seorang dari mereka dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen UMNO memberi gambaran mereka telah memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri dan berharap Majlis Tertinggi UMNO menyokong pelantikan tersebut.

“Kami telah berbincang dengan pihak Perdana Menteri bagi perubahan dalam kerajaan sekiranya diperlukan dan kami berharap Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO mengiktiraf pelantikan TPM dari UMNO dalam kalangan Ahli Parlimen sedia ada.”

Seorang Ahli Parlimen UMNO yang dihubungi SuaraTV pagi tadi mengesahkan kedua-dua agenda ini dan berharap Ahli Kerja Majlis Tertinggi UMNO memahami aspirasi mereka bagi mengelak parti dilihat lebih mementingkan usaha menjatuhkan kerajaan berbanding menjaga kebajikan rakyat ketika pandemik.

Ahli Parlimen terbabit juga mengesahkan Zahid mengakui rakaman audio perbualan dengan Anwar Ibrahim tersebut adalah tulen.

“Beliau akui tandatangan surat kepada Agong dan audio dengan Anwar selepas PAU 2020 adalah suaranya. Bagaimanapun beliau menegaskan tidak melanggar apa-apa disiplin parti.” - SUARATV


Demikianlah Artikel Keluar PN, Setelah Zahid Gagal Pujuk Secara Bersemuka...

Sekianlah artikel Keluar PN, Setelah Zahid Gagal Pujuk Secara Bersemuka... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keluar PN, Setelah Zahid Gagal Pujuk Secara Bersemuka... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/keluar-pn-setelah-zahid-gagal-pujuk.html

Subscribe to receive free email updates: