Kronologi Lantikan Doktor Kontrak

Kronologi Lantikan Doktor Kontrak - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kronologi Lantikan Doktor Kontrak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kronologi Lantikan Doktor Kontrak
link : Kronologi Lantikan Doktor Kontrak

Baca juga


Kronologi Lantikan Doktor Kontrak


Semalam, sektor perubatan negara menjadi tumpuan selepas doktor-doktor kontrak bergerak keluar secara beramai-ramai di hospital-hospital di bawah seliaan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

Gerakan dikenali sebagai Hartal Doktor Kontrak itu dibuat bagi menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji, serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap.


Bagaimanapun, sebelum keluar, mereka yang terlibat telah memastikan ada doktor ganti yang bertugas, selain sedia kembali bertugas jika timbul keperluan.

Berikut kronologi lantikan pegawai perubatan kontrak:

21 Oktober 2016 kerajaan bersetuju Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi dilantik secara kontrak.

- Pelantikan tersebut memberi peluang kepada graduan perubatan, pergigian dan farmasi menjalani latihan siswazah dan/ atau berkhidmat wajib serta boleh mengamalkan sepenuhnya sama ada di dalam atau luar Kementerian Kesihatan (KKM). 

- Ia bersandar kepada skim perkhidmatan dan peruntukan kewangan tanpa terikat dengan penjawatan tetap. 

- Pegawai masih menikmati emolumen setara dengan pegawai lantikan.

Tempoh Kontrak:-
i. Pegawai Perubatan Gred UD41: 5 tahun 
ii. Pegawai Pergigian Gred UG41: 3 tahun 
iii. Pegawai Farmasi Gred UF41: 3 tahun

- Kerajaan juga setuju beri faedah istimewa kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi:-
i. Kemudahan Cuti Sakit 90 hari bergaji penuh dalam tempoh setahun 
ii. Kemudahan perubatan kepada ibu bapa di klinik dan hospital kerajan 
iii. Pelantikan tetap secara dibelakangkan kepada bakat terbaik

- Farmasi tamat latihan siswazah atau khidmat wajib dengan jaya dan penuhi syarat, syarat lantikan tetap tertakluk kepada kekosongan dan kelulusan SPA. 

- Melalui lantikan kontrak, pegawai berpeluang memilih keluar lebih awal dan bekerja dengan agensi awam lain atau di sektor swasta. 

- Dalam pembentangan Bajet 2017, Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lantikan secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember 2016, kerana kekangan jawatan tetap. 

- Hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital, boleh menjalani housemanship secara kontrak.

Sehingga 31 Mei 2021, 35,216 lantikan secara kontrak bagi tiga skim utama:
i. Pegawai Perubatan UD41 (23, 077) 
ii. Pegawai Pergigian UG41 (5,000 orang) 
iii. Pegawai Farmasi UF41 (7,139)

23 Julai 2021: Kerajaan setuju lanjut lantikan kontrak untuk tempoh maksimum 4 tahun ke atas, termasuk yang diterima bekerja mengikut pengajian kepakaran dalam tempoh 2 tahun pertama kontrak.

26 Julai 2021: Kerajaan setuju lanjut kontrak kira-kira 14,000 doktor perubatan, pergigian dan pegawai farmasi bagi tempoh 2 tahun. Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.2 bilion.

Dipetik dari AstroAwani


Demikianlah Artikel Kronologi Lantikan Doktor Kontrak

Sekianlah artikel Kronologi Lantikan Doktor Kontrak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kronologi Lantikan Doktor Kontrak dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/kronologi-lantikan-doktor-kontrak.html

Subscribe to receive free email updates: