Judul : Menteri Jamin Tiada Tindakan Tapi Polis Siasat Doktor Di MAEPS
link : Menteri Jamin Tiada Tindakan Tapi Polis Siasat Doktor Di MAEPS
Menteri Jamin Tiada Tindakan Tapi Polis Siasat Doktor Di MAEPS
Semalam 27 Julai 2021 ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Keempat Belas,Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberi jaminan bahawa tiada tindakan bakal diambil terhadap doktor kontrak yang menyertai hartal pada Isnin.
Keputusan itu disokong beberapa Ahli Parlimen termasuk bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.Doktor, jururawat dan petugas perubatan lain di pusat kuarantin Covid-19 di Maeps Serdang disoal siasat oleh polis malam tadi, kata peguam Asheeq Ali yang mewakili kumpulan itu.Ini selepas tindakan perusahaan Hartal Doktor Kontrak (HDK) serentak di seluruh negara pada jam 11 pagi hari Isnin di sekitar 20 hospital.Ini perkembangan di luar jangkaan kerana tidak seperti kakitangan di hospital lain, petugas di Maeps tidak terlibat dalam Hartal Doktor Kontrak susulan ancaman tindakan tatatertib jika terbabit "perhimpunan haram."Asheeq pertama kali berkongsi hal ini pada ciapan tengah malam tadi apabila dia diberitahu pegawai polis sedang dalam proses merakam kenyataan dari jururawat dan doktor di Maeps mengenai mogok kerja Hartal Doktor Kontrak."Ini kerja gila! PDRM perlu henti ambil keterangan segera! Sudah jam 12.15 tengah malam," ciapnya.Asheeq kemudian memberitahu Malaysiakini polis mengambil pernyataan penuh mengenai keseluruhan kejadian dan menemubual kakitangan secara individu.Asheeq sendiri kemudian pergi ke Maeps untuk menemani doktor berkenaan dan soal siasat selesai hampir jam empat pagi tadi.Bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad pagi ini mengulang semula hantaran gerakan Hartal Doktor Kontrak yang menyoal mengapa doktor berkenaan disoal kerana mogok di Maeps dibatalkan."Setelah (Menteri Kesihatan) Dr Adham Baba beri jaminan tidak akan ambil apa-apa tindakan, saya harap beliau pastikan Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) serta kabinetnya akan bertindak mengikut janji yang diucapkan."Tolonglah keyakinan terhadap kerajaan PN kini sangat terhakis, jika masih ada yang tersisa," kata kata Dzulkefly.
Rasanyalah.. mungkin Menteri Kesihatan telah memberikan jaminan akan tiada tindakan akan diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan terhadap Doktor-doktor yang menyertai mogok itu..
Dia tak jamin pun yang Polis tidak akan ambil tindakan.. lagipun Polis bukannya terletak di bawah Kementerian Kesihatan jadi ianya di luar bidang kuasa Dr Adham..
Mungkin laaa...
lagipun.. cakap Ahli-ahli politik ni kena dengar betul-betul.. bukannya semua lurus.. berbelit-belit dan membelit..
Tapi.. memang tak patutlah pihak Polis mengambil keterangan dari Doktor-doktor yang menyertai hartal tersebut tengah-tengah malam buta ketika Doktor-doktor itu sedang bertugas..
Boleh kot kalau ditunggu hingga Doktor-doktor itu habis bertugas..
Demikianlah Artikel Menteri Jamin Tiada Tindakan Tapi Polis Siasat Doktor Di MAEPS
Sekianlah artikel Menteri Jamin Tiada Tindakan Tapi Polis Siasat Doktor Di MAEPS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menteri Jamin Tiada Tindakan Tapi Polis Siasat Doktor Di MAEPS dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/menteri-jamin-tiada-tindakan-tapi-polis.html