Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin?

Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin?
link : Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin?

Baca juga


Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin?

KUALA LUMPUR - Seramai 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan Ahad malam.

Sumber ahli Parlimen BN berkata, pertemuan sulit itu diadakan bermula jam 9 malam dan dipengerusikan oleh Pengerusi Kelab Ahli-ahli Parlimen Penyokong Kerajaan PN (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim.


Jelas sumber itu lagi, surat akuan mempertahankan kedudukan Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terpaksa disediakan mereka memandang terdapat usaha pihak tertentu cuba menafikan sokongan 40 ahli Parlimen BN terhadap kerajaan PN sebelum ini.

"Pertemuan itu dimulakan dengan majlis makan malam sebelum 30 ahli Parlimen BN yang hadir bersetuju menandatangani surat akuan mempertahankan Muhyiddin dan kerajaan PN.

"Pertemuan itu juga dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Arau (Shahidan) dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi ruang untuk memberi ucapan alu-aluan.

"Baki 10 ahli Parlimen BN yang menyatakan sokongan sebelum ini, tidak dapat hadir kerana notis pertemuan sulit itu diberitahu kepada mereka pada saat akhir.

"Namun, kesemua mereka dijamin akan menandatangani surat berkenaan melalui wakil yang telah dipertanggungjawabkan," kata sumber ahli Parlimen BN itu.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam satu kenyataan mengesahkan isi kandungan surat yang mengatakan 40 ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan PN dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri adalah sahih.

Bagaimanapun sumber yang dipetik oleh Free Malaysia Today mendedahkan hanya 19 Ahli Parlimen yang hadir, bukan 30 sebagaimana yang didakwa oleh Sumber Sinar Premium di atas.

PETALING JAYA: Spekulasi timbul hanya 19 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menghadiri sebuah mesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, bukannya 30 Ahli Parlimen yang dikatakannya.

Orang dalaman parti itu berkata, mesyuarat itu diadakan di Kuala Lumpur untuk menunjukkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Hanya 19 Ahli Parlimen yang hadir, bukan 30,” kata orang dalam itu, menimbulkan persoalan terhadap kesetiaan 21 Ahli Parlimen yang lain.

Sumber itu berkata, sesetengah Ahli Parlimen mungkin menjauhkan diri daripada Muhyiddin susulan ketegangan antara perdana menteri dan Istana Negara.

“Majoriti daripada mereka menyokong Muhyiddin, tetapi sekarang baki 21 Ahli Parlimen mungkin menjauhkan diri selepas ketegangan antara pentadbiran Muhyiddin dan Istana.”

Pada 26 Julai lalu, Istana Negara berkata, kerajaan tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Ordinan Darurat.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri berkata, pembatalan itu dibuat berdasarkan undang-undang.

Ini menyusul pengumuman mengejutkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan yang Ordinan Darurat dibatalkan berkuat kuasa 21 Julai lalu.

Seorang lagi Ahli Parlimen BN mempersoalkan jika mesyuarat (dengan timbalan perdana menteri) mematuhi SOP Covid-19.

“Adakah mereka mematuhi SOP?” soalnya sambil menambah ia mungkin tidak adil kerana rakyat dikompaun atas pelanggaran SOP.

Beliau turut mempersoalkan jika Muhyiddin masih mempunyai majoriti memandangkan lebih ramai Ahli Parlimen BN menjauhkan diri daripada kepimpinannya.

Terdahulu, Ismail dilaporkan berkata, kenyataan daripada BN yang 40 Ahli Parlimen menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin adalah tulen.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas beliau mempengerusikan sebuah mesyuarat dengan 40 Ahli Parlimen pada 29 Julai lalu.

Ini seterusnya menyebabkan bekas perdana menteri, Najib Razak mempertikaikan keengganan kerjaaan untuk menguji sokongannya dalam Dewan Rakyat.

Katanya, beliau tidak memahami keperluan untuk sering mengeluarkan kenyataan mengatakan Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti, mendakwa 115 Ahli Parlimen menyebelahinya.




Demikianlah Artikel Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin?

Sekianlah artikel Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Dalam Pertemuan Sulit Sokong Muhyiddin? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/hanya-19-ahli-parlimen-hadir-dalam.html

Subscribe to receive free email updates: