Kerajaan Perpaduan Apa Lagi Kalau Majoriti Dah Ada? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Perpaduan Apa Lagi Kalau Majoriti Dah Ada?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Kerajaan Perpaduan Apa Lagi Kalau Majoriti Dah Ada?link :
Kerajaan Perpaduan Apa Lagi Kalau Majoriti Dah Ada?
Kerajaan Perpaduan Apa Lagi Kalau Majoriti Dah Ada?

Tiba-tiba sahaja isu kerajaan perpaduan bergema lagi... Naratif keperluan sebuah kerajaan sedemikian dengan Kabinet perang kononnya bagi melawan pandemik ditimbulkan oleh blok pembangkang yang kemudian turut disambut segelintir pemimpin Umno.
Menariknya, isu ini timbul setelah Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh majoriti 114 ahli Parlimen bagi membolehkan sebuah kerajaan baru dibentuk dengan Ismail Sabri Yaakob dicalonkan sebagai perdana menteri.
Sebelum ini, blok pembangkang langsung tidak berminat dengan sebarang bentuk kerjasama dengan parti-parti politik lain bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala perancangan dan usaha memerangi Covid-19 dan membawa negara keluar daripada pandemik itu.
Ketika kerajaan PN diancam dengan undi percaya dan pada masa yang sama segala program pemulihan sedang rancak berjalan menuju kepada sasaran imuniti kelompok, perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin pernah membuat tawaran persefahaman rentas parti (bi-partisan) kepada parti-parti pembangkang tetapi ditolak mentah-mentah.
Tawaran tersebut bertujuan membolehkan segala usaha ke arah pemulihan negara yang sedang berjalan mengikut landasan perancangan tidak terganggu dan terencat. Program Imunisas Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebagai contoh berjalan mengikuti jadual malah pada satu-satu ketika berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan.
Walaupun intipati tawaran tersebut sebahagian besarnya memenuhi tuntutan dan kehendak perjuangan blok pembangkang selama ini, mereka tidak berminat kerana merasakan kerajaan PN perlu ditumbangkan dan diganti dengan Pakatan Harapan (PH) dalam undi percaya di Dewan Rakyat nanti.
Bagaimanapun perkara tersebut tidak berlaku. Walaupun Muhyiddin meletak jawatan sehingga kerajaan tumbang, Ismail dipilih sebagai calon perdana menteri baru setelah memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen. Ketua pembangkang Anwar Ibrahim berputih mata lagi.
Setelah terang-terangan tewas, blok pembangkang mula menghidupkan balik naratif keperluan pembentukan sebuah kerajaan perpaduan yang kononnya bertujuan menangani pandemik Covid-19.
Sedangkan semua yang disebut itu telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan PN menerusi Pelan Pemulihan Negara yang jelas menampakkan kejayaan terutama dalam aspek pemberian vaksin kepada rakyat.
Sebagai contoh, setakat semalam Operasi Lonjakan Kapasiti yang dilancarkan bulan lalu, sejumlah 76.2% penduduk dewasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah menerima lengkap dua dos. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 51.6% atau 12.07 juta populasi dewasa negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Hari ini blok pembangkang mula menjaja cerita palsu kononnya kerajaan pimpinan Ismail nanti tetap tidak stabil walaupun memperoleh majoriti kerana itu perlu ditubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik termasuk pembangkang.
Apakah cadangan yang sama akan dikemukakan oleh pembangkang jika ketika ini Anwar memperoleh majoriti sokongan untuk jawatan perdana menteri?
Sudah tentu tidak akan berlaku sama sekali. Waima majoriti satu undi pun, mereka tetap akan kata pembangkang kukuh dan stabil!
Cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, kerajaan interim, Kabinet Perang dan pelbagai bentuk kerajaan impian blok pembangkang sudah menjadi akademik dan tidak relevan lagi kerana PN sudah berjaya mengumpul majoriti sokongan.
Sokongan ke atas Ismail adalah sah malah setiap ahli Parlimen yang menyokongnya sudah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam.
Oleh kerana itu perdana menteri baru perlu dilantik segera dan tidak boleh dilengah-lengahkan lagi. Banyak tugas yang menunggu Ismail terutama yang melibatkan Pelan Pemulihan Negara yang sedang rancak berjalan dan sudah menghampiri sasaran.
Segala program pemulihan bagi menyelamatkan nyawa rakyat, mengembalikan kehidupan rakyat dan memulihkan ekonimi negara perlu diperhebatkan semula dan tidak boleh terganggu lagi dengan episod-episod politik baru yang cuba dicetuskan oleh sesiapa sahaja.
Barisan Kabinet baharu perlu diberi peluang untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat yang ketika ini terkesan teruk akibat penangan pandemik.
Rakyat sudah terlalu muak dengan kemelut politik yang dicetuskan oleh ahli-ahli politik gila kuasa dan segelintir individu berkepentingan yang mementingkan hawa nafsu sendiri daripada nyawa rakyat.
Dan untuk kesekian kalinya juga, blok pembangkang perlu berpijak di bumi nyata, mengakui mereka tidak pernah mempunyai `angka yang menyakinkan’ sampai bila-bila pun sebelum dan selepas ini.
Demikianlah Artikel Kerajaan Perpaduan Apa Lagi Kalau Majoriti Dah Ada?
Sekianlah artikel Kerajaan Perpaduan Apa Lagi Kalau Majoriti Dah Ada? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Perpaduan Apa Lagi Kalau Majoriti Dah Ada? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/kerajaan-perpaduan-apa-lagi-kalau.html
Related Posts :
Writ saman Zuraida terhadap Jamal gagal diserahkan: PeguamBernama ·
Peguam Latheefa Koya
KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa writ saman difailkan Ahli Parlimen Am… Read More...
Kenapa Najib sayang sangat dengan Isa Samad?Ustaz Idris Ahmad
Masalah di Felda bermula sejak Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjadi Pengerusi Felda pada tahun 2011.
Dar… Read More...
elantikan Shahrir tiada kaitan dengan masalah kewangan FELDA Bernama · Jan 10, 2017 · 15:46 PM · 8 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim. – Gambar NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menyangkal dakwaan pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana masalah kewangan yang dihadapi Felda di bawah kepimpinan Tan Sri Isa Samad. Beliau menjelaskan tempoh perkhidmatan Isa sebagai Pengerusi Felda tamat pada 31 Dis lepas dan beliau juga masih kekal sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV). “Tidak timbul ada dakwaan bahawa ia merupakan satu hukuman (terhadap Isa) atau pengakuan bahawa Felda menghadapi masalah kewangan di bawah pentadbiran Isa,” katanya dalam sidang media, di sini pada Isnin. Razali berkata beliau yakin pengalaman luas Shahrir dalam pentadbiran kerajaan serta beberapa jawatan lain termasuk Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), akan dimanfaatkan sepanjang pelantikannya sebagai Pengerusi Felda. Menurutnya beliau telah bertemu dengan Shahrir yang memberi banyak pandangan khususnya berkaitan soal kewangan dan pengauditan Felda serta pelaburan Felda. Mengenai cadangan Shahrir untuk melaksanakan penstrukturan semula model perniagaan Felda, Razali berkata beliau menyokong penuh cadangan itu bagi memenuhi harapan para peneroka. “Felda melakukan aktiviti yang bukan sahaja dalam sektor perladangan, tetapi juga soal pelaburan, pendidikan dan komuniti. “Jadi sudah tentu perkara-perkara ini perlu dilaksanakan dengan lebih tersusun dan rapi, malah beliau memberi penekanan kepada soal perumahan generasi baharu Felda,” katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Shahrir yang juga anggota parlimen Johor Bahru sebagai pengerusi Felda yang baharu pada Jumaat lepas. Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir Sementara itu di KUALA LUMPUR, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir berkata pelantikan Shahrir dilihat mampu menyelesaikan kemelut yang dihadapi Felda. “Di bawah kepimpinan Tan Sri (Shahrir), begitu besar harapan kaum Melayu agar anak-anak peneroka dapat menempa kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Beliau berkata setiap 4 hektar yang diberikan Felda kepada peneroka, perlu menjadi tapak untuk mereka membangunkan industri desa dan industri ciptaan moden yang mampu menerokai pasaran dalam dan luar negara.
Bernama ·
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim. – Gambar NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL
PUTRAJAYA – … Read More...
Sarawak berkabung 7 hariANTARAPOS.COM
PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak mengumumkan tempoh berkabung tujuh hari bermula esok sebagai menghormati kematia… Read More...
Jamal kemuka tawaran rasmi ambil alih FASWartawan TMM ·
KELANA JAYA – Secara rasminya, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos telah menyerahkan surat permoh… Read More...