Sekali Lagi Anwar Ibrahim Dakwa PN Sudah Tumbang..

Sekali Lagi Anwar Ibrahim Dakwa PN Sudah Tumbang.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekali Lagi Anwar Ibrahim Dakwa PN Sudah Tumbang.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekali Lagi Anwar Ibrahim Dakwa PN Sudah Tumbang..
link : Sekali Lagi Anwar Ibrahim Dakwa PN Sudah Tumbang..

Baca juga


Sekali Lagi Anwar Ibrahim Dakwa PN Sudah Tumbang..

 


Pertama kalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Muhyiddin dan juga Kerajaan PN sudah tumbang ialah pada 23 September 2020 dalam satu sidang media.

Katanya “Rakyat Malaysia berhak dapat kerajaan yang kukuh dengan kepimpinan cekap dan yakin. Untuk urus ekonomi dengan kebijaksanaan dan tuntas. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua selamatkan negara dari kemelesetan ekonomi.


“Saya telah mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan daripada ahli parlimen untuk saya persembahan kepada Yang di-Pertuan Agong. Dan ingin saya menyatakan di sini majoriti dan sokongan itu dalam kalangan Melayu dan Islam,” katanya pada sidang media itu.

“Sokongan itu adalah kukuh dan meyakinkan, lebih daripada majoriti kecil 5, 10. Mengapa saya tak nak sebut sekarang? sebab saya letakkan penghormatan kepada Agong yang sepatutnya perkara terperinci perlu dimaklumkan kepada Agong terlebih dulu.

“Ini bermakna kerajaan Tan Sri Muhyiddin dengan jumlah ini jatuh sebagai Perdana Menteri. Saya persilakan untuk kerjasama dengan beliau. Kesediaan kita untuk bekerjasama dalam peralihan itu di harap akan dibuat secara aman dan teratur.

Beliau turut menjelaskan dalam sidang media tersebut, kerajaan baharu itu adalah gabungan ahli Parlimen daripada pelbagai parti, namun tidak menyebut berapakah jumlah majoriti yang diperolehi.

Anwar juga dikatakan sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada semalam jam 11 pagi, namun pertemuan tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan baginda yang kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Bagaimanapun Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin nafi bahawa kerajaan telah tumbang seperti mana yang didakwa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media khas, awal hari itu.

Ahli Parlimen Rembau itu, melalui ciapan di Twitternya berkata, Mesyuarat Kabinet berjalan seperti biasa hari ni, walaupun Anwar mendakwa mendapat sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Hari ini.. sekali lagi..

“Kerajaan Muhyiddin sudah jatuh tumbang hari ini,” kata pemimpin PKR itu ketika berkumpul bersama ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dan beberapa parti pembangkang lain di Dataran Merdeka hari ini.

“Secara jumlah dengan bilangan 107 ahli Parlimen, kerajaan sudah ditumbangkan,” kata Anwar.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang hari ini mengambil keputusan untuk mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka susulan Dewak Rakyat ditangguhkan selepas beberapa kes Covid-19 dikesan di bangunan Parlimen.

Beberapa ketua parti politik juga turut bergilir berucap dalam tunjuk perasaan hari ini yang mendesak Muhyiddin untuk meletakkan jawatan.

Turut hadir bersama adalah Dr Mahathir Mohamad yang berucap selepas Anwar, menjadikan tunjuk perasaan kali ini seagai kemunculan bersama sejak Pakatan Harapan (PH) jatuh tahun lalu.

Antara yang turut hadir adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pemimpin DAP itu turut mengetuai ahli-ahli Parlimen lain meneriakkan “Daulat Tuanku” ketika tunjuk perasaan hari ini ~ MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Sekali Lagi Anwar Ibrahim Dakwa PN Sudah Tumbang..

Sekianlah artikel Sekali Lagi Anwar Ibrahim Dakwa PN Sudah Tumbang.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekali Lagi Anwar Ibrahim Dakwa PN Sudah Tumbang.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/sekali-lagi-anwar-ibrahim-dakwa-pn.html

Subscribe to receive free email updates: