Kenapa Najib Nak Bertanding PRU15 Biarpun Didapati Bersalah?

Kenapa Najib Nak Bertanding PRU15 Biarpun Didapati Bersalah? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Najib Nak Bertanding PRU15 Biarpun Didapati Bersalah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Najib Nak Bertanding PRU15 Biarpun Didapati Bersalah?
link : Kenapa Najib Nak Bertanding PRU15 Biarpun Didapati Bersalah?

Baca juga


Kenapa Najib Nak Bertanding PRU15 Biarpun Didapati Bersalah?

Seorang ahli akademik berpangkalan di Singapura yang pernah berkhidmat sebagai pembantu Najib Razak berkata pengundi di kawasan pedalaman masih tidak peduli soal rasuah, mengatakan ia mampu menjadi faktor ahli politik terpalit skandal itu untuk kembali aktif dalam politik.

Oh Ei Sun bahkan mendakwa mereka yang tinggal di kawasan pedalaman masih mempunyai “pemikiran yang feudalistik” dan tidak peduli soal rasuah berbanding penduduk bandar.

“Bagi mereka semua ini skandal, pada pandangan kita itu adalah satu hal yang sangat negatif,” katanya dalam temu bual BFM hari ini.

“Namun bagi sesetengah rakan senegara kita, semua gambaran yang menunjukkan kemewahan dan perkara demikian sebenarnya merupakan simbol pemimpin berkenaan sangat berkemampuan,” kata Oh, bekas setiausaha politik Najib yang kini berkhidmat dengan Singapore Institute of International Affairs.

Beliau ditanya mengenai peluang Najib untuk bangkit dalam arena politik selepas tumbang daripada kuasa pada 2018, di mana bekas perdana menteri itu kemudiannya disiasat, dan menerima pertuduhan dan disabtikan dengan pelbagai kesalahan rasuah.

Pada Julai tahun lalu, Najib didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan dihukum 12 tahun penjara berhubung skandal berkaitan 1MDB.

Dalam temubual bersama Reuters baru-baru ini, Najib tidak menolak beliau akan kembali bertanding pilihan raya umum walaupun disabitkan kesalahan di mahkamah.

Oh berkata kes-kes rasuah yang masih dihadapi Najib adalah “hal yang paling kecil dalam pertimbangan” penduduk di kawasan pedalaman.

“Bagi mereka apa yang penting adalan ekonomi dan bantuan sosial,” katanya dan menambah Umno boleh berjaya dalam pilihan raya akan datang berdasarkan bantuan yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam belanjawan yang bakal dibentangkan.

Beliau turut berkata sebarang usaha Najib untuk kembali berpengaruh dalam arena politik akan bergantung dengan kemampuannya mengurus “pasukan perhubungan awam yang baik” bagi terus menggambarkan dirinya sebagai pembela masyarakat bawahan.

Laporan dipetik dari MalaysiaNow
 



Demikianlah Artikel Kenapa Najib Nak Bertanding PRU15 Biarpun Didapati Bersalah?

Sekianlah artikel Kenapa Najib Nak Bertanding PRU15 Biarpun Didapati Bersalah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Najib Nak Bertanding PRU15 Biarpun Didapati Bersalah? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/kenapa-najib-nak-bertanding-pru15.html

Subscribe to receive free email updates: