Mudahkah Sangat Ke Nak Tembusi Bilik Kebal SPRM Tu?

Mudahkah Sangat Ke Nak Tembusi Bilik Kebal SPRM Tu? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mudahkah Sangat Ke Nak Tembusi Bilik Kebal SPRM Tu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mudahkah Sangat Ke Nak Tembusi Bilik Kebal SPRM Tu?
link : Mudahkah Sangat Ke Nak Tembusi Bilik Kebal SPRM Tu?

Baca juga


Mudahkah Sangat Ke Nak Tembusi Bilik Kebal SPRM Tu?

Seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan walaupun terdapat kemungkinan berlaku pencerobohan terhadap bahan bukti disimpan SPRM, namun realitinya ia bukanlah semudah yang disangka.


Bekas pegawai yang pernah bertugas di pelbagai unit di SPRM itu berkata, ini kerana bahan kes terutamanya barangan berharga akan disimpan di dalam bilik kebal yang tidak mudah dipecah masuk.

Beliau yang enggan mendedahkan namanya memberitahu, banyak halangan keselamatan menyukarkan cubaan menceroboh bilik kebal tersebut, sekali gus boleh mematahkan hasrat pihak yang cuba menguji kekebalan bilik keselamatan menyimpan pelbagai barangan kes.

“Usah beranganlah untuk cuba menembusi bilik kebal yang menyimpan pelbagai barangan kes SPRM.

“Apa yang boleh saya kata -kan, ia bukan semudah difikirkan kerana banyak perkara yang dilibatkan jika mahu mengambil atau mencuri barangan kes,” katanya kepada Kru Rasuah Busters.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap keselamatan barangan kes disimpan SPRM. Sejak Isnin, negara dikejutkan dengan laporan mengenai tiga pegawai kanan SPRM terlibat dengan kehilangan wang tunai yang juga barang kes bernilai RM25 juta.

Bekas pegawai itu yang berpengalaman luas dalam bidang risikan menjelaskan, pelbagai proses jaringan keselamatan perlu ditempuhi oleh seseorang yang cuba memasuki bilik kebal SPRM.

Sebagai contoh, katanya, password atau kata kunci (kod rahsia) sentiasa bertukar-tukar dari semasa ke semasa, selain kawalan ketat dilaksanakan termasuk pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

“Bukan sahaja password sering ditukar dari semasa ke semasa, malah pemegang kunci bilik kebal juga melibatkan individu-individu tertentu sahaja,” tambahnya.

Namun begitu, menurutnya, tidak dinafikan tindakan pencerobohan bilik kebal SPRM kemungkinan boleh berlaku jika berlaku kebocoran maklumat atau didalangi orang dalam.

“Bukan saya hendak menafikan sepenuhnya bahawa bilik kebal itu tidak boleh langsung diceroboh, tetapi mungkin satu kerja sukar terpaksa ditempuhi oleh mereka yang berniat jahat,” katanya.



Demikianlah Artikel Mudahkah Sangat Ke Nak Tembusi Bilik Kebal SPRM Tu?

Sekianlah artikel Mudahkah Sangat Ke Nak Tembusi Bilik Kebal SPRM Tu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mudahkah Sangat Ke Nak Tembusi Bilik Kebal SPRM Tu? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/mudahkah-sangat-ke-nak-tembusi-bilik.html

Subscribe to receive free email updates: