Najib Disaran Jalani ‘Pemeriksaan Kesihatan Mental' - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Disaran Jalani ‘Pemeriksaan Kesihatan Mental', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Najib Disaran Jalani ‘Pemeriksaan Kesihatan Mental'link :
Najib Disaran Jalani ‘Pemeriksaan Kesihatan Mental'
Baca juga
Najib Disaran Jalani ‘Pemeriksaan Kesihatan Mental'
Bekas pengarah PetroSaudi International yang kemudian menjadi pembongkar maklumat dalam skandal 1MDB melancarkan serangan terhadap Najib Razak selepas bekas perdana menteri itu menuduh beliau mencuri data untuk mendapatkan wang daripada seorang usahawan yang berpangkalan di United Kingdom.
“Anda masih menulis cerita bohong tentang saya, dan orang lain. Mungkin ada dua sebab anda menulisnya. Pertama, sebab anda fikir dengan berulang kali bercakap mengenainya anda dapat tukar ia menjadi kebenaran, Sebab kedua mungkin kerana anda sudah menua, ingatan anda sudah ada masalah,” tulis Xavier Justo yang memdedahkan puluhan ribu dokumen penting butiran skandal 1MDB.
Dalam hantaran Facebook, Najib berkata Justo yang sakit hati dengannya mencuri data dan e-mel PetroSaudi selepas dipecat daripada syarikat itu.
“Lalu seorang warga United Kingdom bernama Kamal Sidiqqi berhubung dengan Xavier Justo supaya Justo boleh jual data PetroSaudi yang dicurinya kepada Clare Brown dari Sarawak Report,” kata Najib.
Najib kemudian berkata tiada satu pun dokumen dan e-mel yang didedahkan Justo menunjukkan salah laku olehnya dalam skandal 1MDB.
Tetapi Justo berkata beberapa bukti di mahkamah termasuk di Switzerland, Malaysia dan Amerika Syarikat yang membuktikan Najib bersalah.
Justo turut menunjukkan tangkap layar peletakan jawatan beliau pada 2011, mengatakan Najib perlu menjalani pemeriksaan kesihatan mental.
“Saya harap ini sekurang-kurangnya dapat hentikan anda daripada mendakwa saya dipecat kerana anda boleh lihat yang saya sendiri meletakkan jawatan.
“Bukti-bukti lain kebohongan anda ada di mahkammah jadi saya tak rasa nak dedahkannya di sini,” tambahnya.
Justo mendakwa Najib bersubahat dengan warga Arab Saudi yang juga CEO PetroSaudi Tarek Obaid dan Patrick Mahony, seorang lagi pengarah syarikat tersebut, dalam memaksa beliau menyebutkan nama Siddiqi dalam pengakuannya.
Obaid dan Mahony didakwa di Malaysia bersama usahawan yang kini diburu Low Taek Jho, atau Jho Low berhubung penglibatan mereka dalam penyelewengan dana dari 1MDB.
Justo berkata Najib tidak menghormati keluarga Siddiqi yang masih bersedih di atas kematiannya baru-baru ini.
“Beliau adalah seorang peminat Malaysia dan orang-orangnya namun perbezaan antara anda dan dia (termasuk Jho Low, Tarek Obaid dan Patrick Mahoney) adalah dia tak pernah ambil duit daripada rakyat Malaysia,” tambahnya lapor
MalaysiaNow
Demikianlah Artikel Najib Disaran Jalani ‘Pemeriksaan Kesihatan Mental'
Sekianlah artikel Najib Disaran Jalani ‘Pemeriksaan Kesihatan Mental' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib Disaran Jalani ‘Pemeriksaan Kesihatan Mental' dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/najib-disaran-jalani-pemeriksaan.html