Najib Pertahan GST, Saran Kerajaan Laksana Segera - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Pertahan GST, Saran Kerajaan Laksana Segera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Najib Pertahan GST, Saran Kerajaan Laksana Segeralink :
Najib Pertahan GST, Saran Kerajaan Laksana Segera
Baca juga
Najib Pertahan GST, Saran Kerajaan Laksana Segera
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memperkenalkan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secepat mungkin selepas negara pulih daripada pandemik COVID-19.
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata pelaksanaan cukai tersebut mampu mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan serta mengukuhkan fiskal kerajaan.
Bekas Perdana Menteri itu dalam masa yang sama menafikan bahawa GST adalah punca kepada kenaikan harga barangan.
"Setelah tiga tahun dimansuhkan, persepsi sebagai rakyat bahawa GST merupakan punca utama kenaikan harga barang terbukti tidak benar dan meleset sama sekali apabila harga barangan asas naik ketara setelah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenal semula menggantikan GST.
"Kita tahu mutakhir ini harga beberapa barang naik seperti daging, ayam, harga besi keluli, serta simen, lebih ketara lagi daripada zaman (pelaksanaan) GST.
"Perlu disedari GST adalah cukai penggunaan... lagi tinggi perbelanjaan seseorang, lagi tinggi jumlah bayaran GST. Golongan kaya dan berkemampuan akan berbelanja lebih, akan membayar lebih GST," katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Selasa.
GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.
Ia kemudiannya digantung pada 1 Jun 2018 dan akhirnya dimansuhkan selepas digantikan dengan sistem SST bermula 1 September 2018.
Kadar cukai semasa bagi cukai jualan adalah lima peratus dan 10 peratus, manakala kadar cukai perkhidmatan ialah enam peratus.
Mengulas lanjut, Najib berkata pelaksanaan GST dapat mengurangkan ketirisan sebanyak RM300 bilion setahun akibat aktiviti ekonomi gelap.
"Dengan GST, saiz ekonomi gelap dapat dikuncupkan yang dianggarkan daripada 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 10 peratus.
"Dengan itu, kutipan-kutipan hasil GST ini mampu diagihkan kepada kumpulan B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat, yang jauh lebih besar berbanding nilai GST dibayar mereka," ujar Najib lagi lapor
AstroAwani
Demikianlah Artikel Najib Pertahan GST, Saran Kerajaan Laksana Segera
Sekianlah artikel Najib Pertahan GST, Saran Kerajaan Laksana Segera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib Pertahan GST, Saran Kerajaan Laksana Segera dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/najib-pertahan-gst-saran-kerajaan.html