Pencen MP RM100,000 Sebulan? Auta Syed Saddiq Saja Rupanya..

Pencen MP RM100,000 Sebulan? Auta Syed Saddiq Saja Rupanya.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pencen MP RM100,000 Sebulan? Auta Syed Saddiq Saja Rupanya.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pencen MP RM100,000 Sebulan? Auta Syed Saddiq Saja Rupanya..
link : Pencen MP RM100,000 Sebulan? Auta Syed Saddiq Saja Rupanya..

Baca juga


Pencen MP RM100,000 Sebulan? Auta Syed Saddiq Saja Rupanya..


SAYA terkejut dengan laporan portal berita Sinar Harian dan Astro Awani hari ini (Rabu, 29 September 2021) yang membuat liputan sebahagian perbahasan wakil rakyat dari Parlimen Muar dalam Dewan Rakyat hari ini.

Wakil rakyat Muar tersebut semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) petang tadi, telah mendakwa bahawa pencen yang diperolehi oleh seorang Ahli Parlimen mampu mencecah lebih RM100,000 sebulan.

Saya berpendapat bahawa ucapan beliau itu bersifat semberono dan tidak bertanggungjawab, selain bertujuan untuk membangkitkan sentimen kebencian dalam kalangan rakyat, tanpa berlandaskan asas dan fakta yang sebenar.

Namun, itu tidaklah menghairankan kerana itulah sifat sebenar yang dimiliki oleh wakil rakyat tersebut yang konsisten menunggang sentimen rakyat bagi meraih simpati dan sokongan.

Sebagai bekas menteri dan bekas anggota pentadbiran, beliau harus lebih bertanggungjawab dengan terlebih dahulu merujuk kira-kira kasar beliau mengenai pencen seseorang Ahli Parlimen kepada Akta 237 Undang-undang Malaysia iaitu Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 Pindaan 2015.

Akta 237 ini dengan jelas ini menjadi rujukan dan garis panduan tentang hak-hak saraan dan kelayakan pencen seorang Ahli Parlimen, termasuk anggota pentadbiran seperti Perdana Menteri dan Menteri-Menteri.

Akta tersebut juga jelas memberi panduan mengenai kiraan tentang pencen seorang Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran dengan mengambil kira kadar, amaun gaji terakhir, tempoh perkhidmatan dan tempoh minimum perkhidmatan bagi melayakkan seseorang Ahli Parlimen itu layak menerima saraan pencen.

Seksyen 11 Akta tersebut juga menyentuh mengenai asas yang diguna pakai bagi mengelakkan pergandaan gaji.

Jadi, nasihat saya kepada wakil rakyat berkenaan, jadilah individu yang lebih bertanggungjawab serta jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan isu yang berkait dengan kepentingan rakyat.

Kerana saya yakin, andai beliau konsisten bersikap jujur dan ikhlas, tidak mungkin dana parti yang diamanahkan kepada beliau selaku pemegang jawatan akan masuk ke akaun ASB peribadi beliau sendiri.

Noor Azleen Ambros 
Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang



Demikianlah Artikel Pencen MP RM100,000 Sebulan? Auta Syed Saddiq Saja Rupanya..

Sekianlah artikel Pencen MP RM100,000 Sebulan? Auta Syed Saddiq Saja Rupanya.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pencen MP RM100,000 Sebulan? Auta Syed Saddiq Saja Rupanya.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/pencen-mp-rm100000-sebulan-auta-syed.html

Subscribe to receive free email updates: