Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Langgar SOP

Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Langgar SOP - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Langgar SOP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Langgar SOP
link : Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Langgar SOP

Baca juga


Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Langgar SOP

BARISAN Nasional (BN) dikenakan kompaun bagi kesalahan melanggar kawalan pandemik ekoran perhimpunan diadakan parti itu pada malam tadi bagi melancarkan jentera pilihan rayanya.

Menurut Kementerian Kesihatan, kompaun RM10,000 itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Kepong ke atas parti tersebut kerana gagal memastikan penjarakan fizikal dalam perhimpunan berkenaan.

Perbuatan itu melanggar ketetapan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), menurut kementerian dalam kenyataan di pelantar media sosialnya.

“Pejabat Kesihatan Kepong mengeluarkan kompaun di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional malam ini kerana melanggar SOP Fasa 4 PPN bagi penganjuran majlis sosial.”

Perhimpunan itu melanggar Peraturan 16(1)Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, menurut kementerian.

Gambar disertakan menunjukkan dokumen tawaran kompaun itu yang menyatakan kesalahan tersebut dilakukan di Dewan Tun Hussein Onn di bangunan menempatkan ibu pejabat parti tersebut.



  Ia ekoran aduan yang timbul selepas tular gambar dan video menunjukkan hadirin bersesak-sesak tanpa penjarakan fizikal di acara tersebut.

Aktiviti bersesak-sesak itu ditunjukkan berlaku sewaktu menyambut ketibaan presiden Umno yang juga pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Acara tersebut bagi melancarkan jentera pilihan raya parti tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka yang bakal berlangsung pada 20 November.

Aduan antara lain dibangkitkan pemimpin parti Muda yang mendakwa kementerian mengamalkan pilih kasih kerana mengenakan kompaun ke atas mereka tapi berdiam diri dalam kes BN.

Seorang ahli parti itu semalam dikompaun RM4,000 oleh polis kerana didakwa melanggar kawalan pandemik ketika sidang media yang diadakan di Melaka.

Perkara itu dipersoalkan Muda kerana mereka mematuhi semua prosedur ditetapkan semasa sidang media berkenaan.

Muda turut mempersoalkan sama ada kerajaan juga akan bertindak ke atas bekas perdana menteri Najib Razak yang turut mengadakan siri perhimpunan di Melaka pada Ahad lalu.

Pada hari sama, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan larangan untuk sebarang aktiviti, perarakan atau perhimpunan sosial berkaitan pilihan raya negeri Melaka.

Katanya, larangan akan berkuatkuasa mulai 25 Oktober hingga 27 November ~ The Malaysian Insight



Demikianlah Artikel Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Langgar SOP

Sekianlah artikel Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Langgar SOP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Langgar SOP dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/10/majlis-pelancaran-jentera-barisan.html

Subscribe to receive free email updates: