PH Perlu Tolak Pengkhianat. Noktah - DAP

PH Perlu Tolak Pengkhianat. Noktah - DAP - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH Perlu Tolak Pengkhianat. Noktah - DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH Perlu Tolak Pengkhianat. Noktah - DAP
link : PH Perlu Tolak Pengkhianat. Noktah - DAP

Baca juga


PH Perlu Tolak Pengkhianat. Noktah - DAP

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke tidak bersetuju dengan gesaan Naib Presiden PKR agar PH bergabung dengan "mana-mana pihak yang boleh memberi kemenangan" dalam PRN Melaka akan datang.

"Itu pandangan peribadi Tian Chua. Pendirian DAP telah dinyatakan secara jelas dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

"PH perlu berkempen berdasarkan dasar bersama kita dan rekod pencapaian sepanjang 22 bulan mentadbir Melaka di bawah pimpinan bekas ketua menteri Adly Zahari.

"PH perlu menolak pengkhianat. Noktah," katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook.

Kenyataan itu di tengah PKR membayangkan akan mencalonkan empat penyandang kerusi DUN yang sebelum ini bersama BN dan Perikatan Nasional, diketuai bekas ketua menteri Idris Haron.

Mereka membatalkan sokongan terhadap Sulaiman Md Ali selaku ketua menteri, menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri awal bulan ini.

Dua daripadanya, iaitu Norhizam Hassan Baktee and Noor Effandi Ahmad, sebelum itu turut menjadi antara faktor kejatuhan kerajaan negeri PH pada 2020.

Norhizam bertanding sebagai calon DAP pada PRU 2018 dan difahamkan penyertaannya semula dalam PH pasti akan mengundang bantahan pemimpin dan penyokong parti itu.

Semalam, Tian Chua berkata gesaan itu bagi mengembalikan mandat rakyat yang diperoleh pada 2018.

"Itu taktik kita harus pertimbangkan di lapangan (iaitu) dengan apa saja cara yang terbaik untuk menang kerusi yang paling banyak," katanya.

Namun Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata bahawa gabungan itu tidak terburu-buru dalam menangani hasrat empat Adun itu yang dikatakan ingin menyertai gabungan itu.

"Mereka tidak menghantar permohonan secara rasmi...Jadi, kami perlu tunggu dan kami tak nak bertindak terburu-buru. Dan akan memberi masa dan peluang kepada mereka untuk menghubungi kami," katanya.

Sementara itu, seorang lagi naib presiden PKR turut menyatakan bantahan terhadap penyertaan mereka, dengan berkata mereka memiliki rekod buruk dan salah seorangnya dikenali "suka memaki-hamun".

"Akhlak (bekas) Adun yang suka memaki hamun bukanlah jenis calon yang kita mahu tampilkan," katanya, yang kian jarang mengulas isu politik sejak akhir 2018 ~ MalaysiaKini



Demikianlah Artikel PH Perlu Tolak Pengkhianat. Noktah - DAP

Sekianlah artikel PH Perlu Tolak Pengkhianat. Noktah - DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH Perlu Tolak Pengkhianat. Noktah - DAP dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/10/ph-perlu-tolak-pengkhianat-noktah-dap.html

Subscribe to receive free email updates: