Separuh Kematian Covid-19 Negara Libatkan Melayu.. Kenapa?

Separuh Kematian Covid-19 Negara Libatkan Melayu.. Kenapa? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Separuh Kematian Covid-19 Negara Libatkan Melayu.. Kenapa?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Separuh Kematian Covid-19 Negara Libatkan Melayu.. Kenapa?
link : Separuh Kematian Covid-19 Negara Libatkan Melayu.. Kenapa?

Baca juga


Separuh Kematian Covid-19 Negara Libatkan Melayu.. Kenapa?

DATA dari Kementerian Kesihatan menunjukkan sebahagian besar kematian Covid-19 di negara ini melibatkan pesakit berbangsa Melayu.

Sehingga 3 Oktober, sebanyak 13,894 kematian akibat virus itu melibatkan kaum berkenaan dengan 122 kematian berlaku tahun lalu dan selebihnya dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Angka itu lebih separuh dari 27,525 kematian keseluruhan akibat virus yang dicatatkan setakat ini di Malaysia.

Data menunjukkan 4,753 orang Cina meninggal dunia akibat jangkitan pada tahun ini berbanding 66 pada tahun lalu sementara orang India mencatatkan 2,502 kematian pada tahun ini dan 18 pada tahun lepas.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberikan maklumat itu kepada Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming dalam jawapan bertulis dalam sesi Parlimen yang berakhir minggu lalu.

Menteri itu dalam jawapannya berkata Bumitputera Sabah melaporkan kematian Covid-19 terbanyak pada 2020, menyumbang 172 daripada 471 kematian Covid-19.

Tetapi komuniti itu melaporkan 1,229 kematian virus pada tahun ini.

Bumiputera Sarawak melaporkan 598 kematian koronavirus tahun ini dan 13 pada tahun lepas.

Orang Asli mencatatkan 53 kematian pada tahun ini akibat jangkitan selepas tidak ada angka kematian dilaporkan tahun lepas.

Tahun ini menyaksikan 3,305 orang bukan warganegara meninggal dunia akibat jangkitan berbanding tahun lepas seramai 80 orang.

Sehingga semalam, sebanyak 21.6 juta vaksin diberikan sepenuhnya atau 66.1% daripada populasi umum, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 hari ini.

Dikatakan seramai 24.6 juta penduduk atau 75.2% daripada jumlah penduduk sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, 1.9 juta atau 63% kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun menerima satu dos vaksin sementara 370,995 atau 11.8% sudah divaksin sepenuhnya.

Data CovidNow menyasarkan 80% penduduk akan diberi vaksin sepenuhnya pada 30 November ~ The Malaysian Insight


Demikianlah Artikel Separuh Kematian Covid-19 Negara Libatkan Melayu.. Kenapa?

Sekianlah artikel Separuh Kematian Covid-19 Negara Libatkan Melayu.. Kenapa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Separuh Kematian Covid-19 Negara Libatkan Melayu.. Kenapa? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/10/separuh-kematian-covid-19-negara.html

Subscribe to receive free email updates: